Laman Utama

Naik Flight 20 Jam Dari Paris Ke Bali, Mentua Nourul Depp Tertinggal Bagasi Di Singapura – “Kami Tunggu 1 Jam Setengah Rupanya…”

gempak
Syafiqah Jalal
14/11/2022
09:40 MYT
Sponsor Banner
Naik Flight 20 Jam Dari Paris Ke Bali, Mentua Nourul Depp Tertinggal Bagasi Di Singapura – “Kami Tunggu 1 Jam Setengah Rupanya…”
Keterujaan penyanyi Nourul Depp untuk berjumpa dengan kedua mentuanya bertukar menjadi panik apabila terpaksa menunggu lebih satu jam di lapangan terbang kerana mereka tidak muncul dari pandangan.
Menurut Nourul ibu bapa mentuanya terpaksa menunggu empat bagasi mereka yang ditinggalkan oleh pihak penerbangan di Singapura.
“Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan hari ini. Tapi sure kami excited nak sambut depa (ibu bapa mentua) mai (datang). Depa pun sama.
“Sampai sahaja, kami tunggu satu jam setengah. Sekali rupanya ada masalah. Empat bagasi mereka semua di Singapore. Bukan Paris.
“Tadi depa delay dah flight nak kebali. So dari Paris nu, depa (airline) takdan (tak sempat) agaknya nak bawak turun luggage. So ramai lah jugak tertinggal beg.
“Semua itu pengalaman dan memori indah nanti,” ceritanya.
Pelantun lagu Aku Cinta Aku Rindu itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video saat menyambut mentuanya di lapangan terbang.
Nourul yang kini menetap bersama keluarganya di Bali menerima kunjungan mentuanya dari Paris semalam.
Dalam pada itu, Nourul tetap bangga dengan kesungguhan dan tenaga yang ada pada mentuanya yang kini sudah berusia 83 tahun.
“Semua excited. Sampai rumah sembang lagi. Terharu nangis sedih. UmuR 83 masih ada tenaga naik flight 20 jam sampai sini,” luahnya.
Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementara, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024