Hiburan

‘Naik Hantu’ Bila Netizen Tegur Jangan Pakai Baju Ketat Lepas Kurus, Zarina Zainuddin Mohon Maaf

gempak
Izwan Isa
08/01/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
‘Naik Hantu’ Bila Netizen Tegur Jangan Pakai Baju Ketat Lepas Kurus, Zarina Zainuddin Mohon Maaf
Pelakon Zarina Zainuddin memohon maaf atas keterlanjurannya ‘naik hantu’ secara melulu selepas ramai dalam kalangan pengikut menasihatinya supaya tidak mengenakan pakaian yang ketat selepas kurus.
Zarina menerusi video yang dimuat naik di Instagram berkata, dia sedar yang dia tidak sepatutnya melayan hal-hal negatif dan memberi reaksi seperti kanak-kanak apabila menerima teguran daripada netizen.

BERITA TRENDING: “Ini Bukan Filem My Name Is Khan” - Segelintir Netizen Tak Setuju Azal Kahwin Sebab…

“Assalammualaikum… saya nak pergi rumah ayah saya. Saya pakai baju macam ni ok tak? Seluar dan baju longgar serta besar. Baju ini pun tutup punggung. Ini yang saya selesa, pakai seperti ini. Kalau macam ni pun salah lagi ke?
“Untuk video tempoh hari, saya minta maaf dan saya akan delete post itu. Saya macam budak-budak bodoh, melayan benda-benda yang negatif. Saya pun salah juga,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, dia sudah penat berendam air mata dan disebabkan itu dia memberi reaksi sedemikian rupa.
“Sakit hati sebenarnya. Dulu-dulu saya boleh terima… saya menangis. Tapi saya fikir balik sampai bila saya nak menangis? Sampai bila saya nak sedih bila orang mengata.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Zarina Zainuddin Beri Pendapat Mengenai Poligami - “Perempuan Kena Reda, Bersyukur Kerana…”

“Sekarang zaman saya besarkan anak-anak dan saya nak buat dengan cara yang baik,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Zarina menerusi satu hantaran mempersoalkan apabila ada dalam kalangan netizen menegur dia mengenakan baju yang ketat dan menampakkan tubuh badan selepas kurus.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024