Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn akui sering ditanya mengenai cara mendidik anak-anak menunaikan solat subuh dan membaca al-quran.

Menerusi entri terbaharunya di Instagram , Ozlynn berkongsi tips bagaimana anaknya dididik untuk menunaikan solat sejak berumur 4 tahun.

Menurut Ozlynn, jika mahu mendidik anak-anak ibu bapa perlulah membimbing dan bukan hanya mengarah.

“Ramai tanya macam mana ajar anak untuk bangun subuh dengan mengaji. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

“Dalam proses ‘mendidik kita perlu membimbing, bukan mengarah atau menyuruh’. Budak akan ikut apa kita buat. Nak anak mengaji, awak mengaji sekali. Nak anak solat Subuh kita kena solat sekali. Ibu bapa perlu mainkan peranan. Bukan bapa serah bulat-bulat pada ibu begitu sebalinya.

“Kerjasama, macam suami aku keje pukul 6 pagi, jadi dia dah keluar awal waktu. Tak dapat jemaah dengan anak-anak setiap Isnin hingga Jumaat. Jadi Sabtu dengan Ahad aku akan pastikan semua jemaah sama, tak ada istilah cuti atau solat asing-asing. Sebolehnya semua kena sama-sama.Lama-lama dah jadi amalan dalam keluarga..

“Maid kami yang Islam dulu pun kami ajak solat jemaah skali. Tak ada alasan nak jaga baby. Baby letak tepi, kalau baby nangis Imam (suami aku) akan baca surah-surah lazim yang pendek. Lama-lama baby pun dah tau dah. Bila mereka semua ramai-ramai ni, menangis pun tak guna. Tak ada siapa angkat.

“Mulakan dari awal usia, bukan tujuh tahun baru nak paksa, bila dah biasa kejut budak empat tahun cakap lembut-lembut, jom solat. Lama-lama mereka mesti ok.

”Merengek kadang-kadang normal la, yang penting ajar tidur cukup waktu. Barulah bangun subuh tak menangis, macam Chantiq dari usia empat tahun memang solat subuh dah tak menangis langsung kalau kejut. Alhamdulilah.

“Macam Haziq dalam adik- bradik dia yang paling suka merengek, normal. Dia enam tahun, aku tegas dah dengan dia. Kadang kena keras juga sebab mereka bila dah mandi ok sahaja, sebelum bangun je hukhek hukhek.

“Terangkan apa kebaikan bangun pagi dan solat subuh dan berjemaah. Banyakkan berbual dengan anak-anak,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Ozlynn juga memuat naik foto anak-anaknya yang baru selesai solat berjemaah.

Ozlynn bagaimana pun menutup ruangan komen untuk entri berkenaan.

Ozlynn sebelum ini pernah memberitahu sengaja menutup ruangan komen kerana tidak kahu mendengar pujian atau kata-kata negatif terhadap apa yang dilakukan bersama anak-anaknya.

BACA: “Ingat Mama Nak Rehat"- Ozlynn Tersentuh Anaknya Sanggup Lupakan Hasrat Subuh Di Masjid Sebab...

Terdahulu, hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata, Ahmad Ariq Hanania, 14, Ahmad Haziq Hanania, 6, Ahmad Sodiq Hanania, 9, Nur Latifah Chantiq Hanania, 4, dan Nur Latifah Moleiq Hanania berusia setahun.

Salam subuh semua.. my baby Hanania semua dh ke masjid utk solat dan mengaji.. memasing dh bawak Al Quran dan Iqra .. aku x kejut dorg.. semua abg ariq uruskan.. arini abg Ariq puji adik2 dia.. sekali kejut semua dah bangun.. tadi saja check bilik dorg.. semua dah berkemas.. bagus.. x bermakna ada maid.. semua serah kat maid.. bilik semua dorg kena kemas sendiri.. sedangkan bilik aku pun maid x pernah masuk.. kalau x aku sendiri kemas katil mesti somi aku kemaskan.. ramai tanya mcm mane ajar anak utk bangun subuh dgn mengaji.. nak seribu daya xnk seribu dalih.. dalam proses “MENDIDIK kita perlu MEMBIMBING.. bukan MENGARAH atau MENYURUH “ budak akan ikut apa kita buat.. nak anak mengaji.. awak mengaji skali.. nak anak solat subuh kita kena solat sekali.. mak bapak kena main peranan.. bukan bapak serah bulat2 kat mak atau mak serah bulat2 kat bapak.. kerjasama.. mcm somi aku keje pukul 6am so dia dh keluar awal waktu.. x dpt jemaah dgn anak2 setiap isnin hingga jumaat.. so sabtu dgn ahad aku akan pastikan semua jemaah sama.. xde istilah cuti.. solat asing2.. sebolehnya semua kena sama2.. lama2 dh jadi amalan dalam keluarga.. maid kami yg islam dulu pun.. kami ajak solat jemaah skali.. xde alasan nak jaga baby.. baby letak tepi.. kalau baby nangis imam (somi aku) akan baca surah2 lazim yg pendek.. lama2 baby pun dh tau dh.. time dorg sume ramai2 nih.. nangis pun x guna.. xde sape angkat.. mcm ajar bdk duduk dlm carseat.. seminggu dua je melalak.. pastu dia dh tau dah.. mulakan dari awal usia.. bukan 7 tahun baru nak paksa.. bila dh biasa kejut bdk 4 tahun.. ckp lembut2.. jom solat.. lama2 dorg mesti ok.. rengek2 kdg normal la.. yg penting ajar tido cukup waktu.. tdokan awal.. barulah bgn subuh x menangis.. mcm chantiq dari usia 4 tahun.. mmg solat subuh da.. x menangis langsung kalau kejut.. alhamdulillah.. mcm haziq dlm adik bradik dia yg paling suka rengek.. normal.. dia 6tahun.. aku tegas dah dgn dia.. kdg kena keras jugak.. sb dorg bila dh mandi.. ok je.. sblm bgn je hukhek hukhek.. so terangkan apa kebaikan bangun pagi dan solat subuh dan berjemaah.. bykkan berbual dengan anak2.. ALL THE BEST PARENTS❤️ #salamJumaat #UCanDoIt

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on