Berita

Nak Balik Kampung PKPP? Tunggu Dulu… Ini 5 Perkara Penting Sebelum Anda Merentas Negeri!

gempak
Syafiqah Jalal
09/06/2020
12:22 MYT
Sponsor Banner
Nak Balik Kampung PKPP? Tunggu Dulu… Ini 5 Perkara Penting Sebelum Anda Merentas Negeri!
Sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan perjalanan merentas negeri untuk seluruh rakyat Malaysia, rata-rata melahirkan rasa gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa ibu dan ayah.
Keloggaran itu diberikan kepada seluruh rakyat bermula 10 Jun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.
Kesempatan itu diambil oleh semua rakyat Malaysia tidak kira yang bujang atau berkeluarga untuk berjumpa ibu bapa atau sanak saudara di kampung sekaligus menyambut Aidilfitri yang berbaki kurang dua minggu lagi.
Namun, perlu diingat negara kita masih mencatatkan kes COVID-19 setiap hari dan kita belum ‘menang’, jadi Gempak senaraikan 5 perkara penting yang ada perlu lakukan sebelum pulang ke kampung halaman.
  1. Periksa Kesihatan
Jangan terburu-buru! Pastikan anda dan ahli keluarga yang lain sihat sebelum berjumpa dengan ibu ayah dan keluarga di kampung. Kita tidak mahu penularan penyakit atau COVID-19 lebih luas lagi. Jadi periksa suhu badan anda dan pastikan tidak demam, batuk atau selesema. Jika ada semua symptom itu pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan dan biar benar-benar sihat sebelum pulang ke kampung.
  1. Periksa & Servis Kereta
Bukan sahaja tuan badan je perlu sihat, kereta pun perlu diservis sebelum berjalan jauh. Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan supaya perjalanan anda nanti lancar. Jangan lupa juga isi minyak penuh! Petrol kan sedang murah sekarang!
  1. Rancang Perjalanan
Jika boleh rancang waktu perjalanan anda bagi mengelak kesesakan jalan raya terutama di lebuh raya nanti. Cuba cari waktu yang sesuai di mana tidak ramai yang akan pulang waktu yang sama. Contoh seperti selepas waktu subuh atau lewat malam.
  1. Mandi & Tukar Pakaian Sebelum Peluk Mak Abah
Tahulah teruja dan tak sabar nak melepas rindu pada yang tersayang, tapi sebaik tibanya di kampung jangan terus peluk atau salam ibu ayah anda. Masuklah mandi bersihkan diri dan tukar pakaian dahulu. Selepas itu lepaskan lah rindu anda yang sudah berbulan-bulan tidak bertemu itu.
  1. Sanitizer & Mask Jangan Lupa!
Tahulah dah masuk musim PKPP, tapi new norma seperti memakai sanitizer dan topeng jangan ditinggal pula setiap kali anda keluar. Amalkan sahaja di mana sahaja bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Selamat pulang ke kampung & Selamat Hari Raya dari Gempak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024