Advertorial
Nak Belajar Gelek, Ayda Jebat 'Surf' Internet Berjam-jam
Pelakon dan juga penyanyi kecil molek Ayda Jebat sanggup melayari internet selama berjam-jam semata-mata untuk belajar gelek.
Semua itu sebagai persediaan untuk lagu Pencuri Hati yang bakal direkodkan dalam versi dangdut.
Lebih mengujakan, muzik video Pencuri Hati versi dangdut juga bakal dirakam serentak dan mungkin kerana tidak sabar Ayda sanggup layan Youtube sampai pagi semata-mata nak buat research tentang irama tersebut!
Walaupun gigih buat kajian tentang dangdut sampai pagi, Ayda atau lebih mesra dipanggil si Kenid oleh peminatnya ini turut mengalu-alukan idea dari pembaca Astro Gempak untuk menghasilkan muzik video terbaik.
Tetapi menerusi video yang Ayda kongsikan kepada Astro Gempak, kami tertanya-tanya apabila dia menyebut tentang produk yang sedang diujinya.
Berulang kali dia menyebut tentang Projek XT. Kami sendiri teruja mendengar Ayda menyebut tentang Projek XT dan apabila kami ke Twitter dan taip #projectxt, kami agak terkejut kerana ia telah menjadi trending bermula malam tadi (Isnin).
Kepada anda semua jika ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai #projectxt cari hashtag #projekxt di Facebook, Instagram dan Twitter...pasti jumpa!
Eh! Sebelum tu, cuba korang tengok budak Kenid..Bukan main teruja dia:
Must-Watch Video