Laman Utama

“Nak Berkahwin Ni Bukan Sehari Dua”- Dugaan Bertunang, Usop Cepat Panas Baran? Eh Dah Kenapa Tu?

gempak
Hanafis Haris
28/12/2021
09:17 MYT
Sponsor Banner
“Nak Berkahwin Ni Bukan Sehari Dua”- Dugaan Bertunang, Usop Cepat Panas Baran? Eh Dah Kenapa Tu?

Penyanyi meningkat naik Usop mendedahkan terpaksa menempuh pelbagai dugaan selepas mengikat tali pertunangan pada 4 November lalu.

Akui ia antara lumrah ketika ‘berdarah manis’, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim cuba memperbaiki apa yang termampu.

“Jujurnya saya dulu bukan seorang yang panas baran. Tapi bila sudah bertunang ni tak tahu kenapa selalu panas hati.

"Pendapat saya benda ni kena kawal la, apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu la banyak dugaan datang,” katanya.

Jelas Usop, sebagai pasangan, dia dan tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim perlu banyak bersabar dan tolak ansur.

“Nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya.

“Apapun Alhamdulillah segala persiapan sebelum bergelar raja sehari telah dilaksanakan, sudah siap 85 peratus.

"Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja," katanya.

Usop berkata demikian usai konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Sekadar info, setelah dua tahun berkenalan, pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Butterworth, Pulau Pinang, 4 November lalu.

Usop dan Fatihah dijangka mendirikan rumah tangga pada Februari 2022.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live