,
Laman Utama

"Nak Buat Fitnah, Saya Seorang Sajalah" - Annuar Musa Ulas Dakwaan Kahwini Nora Ariffin

Amri Hassan
29/04/2021
16:00 MYT
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa tampil mengulas dakwaan yang tular di media sosial menyatakan sudah berkahwin dengan penyanyi Datuk Nora Ariffin.
BACA: Gosip Berkahwin Dengan Annuar Musa, Nora Ariffin; "Aduhai, Saya Masih Lagi ..."
Terkejut dengan fitnah yang disebabkan, Annuar tidak mahu melenting malah menghormati keluarga penyanyi itu.
"Masya-Allah, saya beristighfar sajalah. Saya ni orang politik, tak apalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit. Kalau melibatkan orang lain, kena jaga nama baik orang lain.
"Orang yang disebutkan itu (Nora) setahu saya adalah keluarga yang cukup terhormat. Saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka.
"Kalau nak buat fitnah, saya seorang sajalah. Jangan kaitkan dengan orang lain. Dia ada keluarga," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Pesan Annuar, orang ramai seharusnya memanfaatkan bulan Ramadan dengan perkara-perkara berfaedah.
"Walaubagaimanapun saya doakan, mudah-mudahan semua orang ambil iktibar di bulan Ramadan ini. Kurangkanlah perkara-perkara mungkar tu. Buatlah perkara kebajikan.
"Saya pun tak nak marah-marah. Kita elok sabar sajalah. Saya bila tengok benda tu, tengah malam semalam, memanglah tak sedap hati.
"Telah disebut (dalam hadis) ‘Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh’. Membuat fitnah itu kesannya lebih bahaya daripada membunuh.
"Tapi orang kita tak takut. Kalau membunuh’ mereka tahu hukumnya bunuh balik, hukum gantung dan sebagainya.
"Tapi fitnah ni dah jadi kerja harian. Bulan Ramadan pun buat fitnah. Tapi kita nak marah macam mana. Kita doa supaya semua orang terbuka pintu hati tak payahlah buat perkara sebegitu. Saya okay saja," tambahnya lagi.
Kecoh di Twitter apabila seorang individu tampil mendakwa Annuar telah mengahwini Nora namun hal terbabit dinafikan oleh Nora sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.