Gaya Hidup
Nak Cantik Bergaya Macam Nadia Brian Di Aidilfitri Nanti? Nah…Hatta Dolmat Raya Luxe 2019!
Setiap kali menjelang Ramadan selain daripada menu berbuka, baju raya juga yang sering menjadi topik utama untuk dibincangkan.
Kepada yang sedang mencari-cari busana untuk melaram di pagi raya nanti, bolehlah cuba intai-intai ‘Koleksi Raya Luxe’ oleh pereka fesyen popular, Hatta Dolmat!
Manalah tahu selepas menggayakan Luxe nanti anda nampak cantik dan elegan macam pelakon Nadia Brian, kan?
Menurut Nadia yang telah dipilih sebagai wajah eksklusif Raya Luxe 2019 oleh Hatta, dia teruja dapat bekerja sama dengan pereka fesyen berbakat seperti Hatta Dolmat.
“Ini kali pertama saya bekerja sama dengan Hatta Dolmat, sebelum ini hanya mengikuti dari jauh saja dan ini merupakan pengalaman terbaik saya.
“Dari awal lagi, saya sudah tertarik dengan pelawaan Hatta Dolmat dan tidak membuang masa untuk beritahu saya setuju nak kerjasama,” katanya.
Sementara itu Hatta Dolmat pula berkata, sudah lama mengintai pelakon jelita itu dan menanti masa yang sesuai untuk menjadikan Nadia sebagai wajah eksklusif dalam kempen terbaharunya.
“Nadia juga punyai pengaruh tersendiri dalam industri dan bekerja sama dengannya adalah satu pengalaman yang sangat baik dan tidak hairan akan bekerja sama lagi di masa hadapan,” katanya ketika ditemui di Studio Azharmadnesson ketika penggambaran kempen raya baru-baru ini.
Tambah Hatta, koleksi Hatta Dolmat Raya Luxe 2019 bersesuai untuk mereka yang mementingkan eksklusiviti, keanggunan dan gaya feminine di pagi raya.
Pengunaan fabrik french lace, chiffon, creepe dalam warna mewah seperti hijau rimba, merah hati sehingga palet warna pastel lembut menjadi kelainan dan keunikan koleksi dari Hatta Dolmat tahun ini.
Must-Watch Video