Skip to main content

Eksklusif

Nak Cantik Seperti Fasha Sandha, Jom Amalkan Cara Ini...

fasha-inner-header.jpg
Setiap wanita mahukan kulit yang cantik dan mulus, namun kecantikan luaran bermula daripada dalaman.
 
Kita sering bergantung pada produk kecantikan dan solekan semata-mata untuk menutup cela pada wajah.

Bagi pelakon yang sinonim dengan kecantikan semulajadi, Fasha Sandha, rahsianya pastilah dengan produk pati buah sebenar, InnerShine!
 
InnerShine membantu menjadikan kulit cantik dari dalaman dan luaran malah, dengan fungsi detoks, ia mampu meningkatkan keserian kulit serta melambatkan proses penuaan.
 
Kedua-dua fungsi detoks dan antioksidan itu boleh diperoleh menerusi dua varian popular InnerShine Prune Essence dan InnerShine Berry Essence.
 
Menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Aliah diberikan sekotak InnerShine oleh adiknya, Adawiyah sebagai sumber antioksidan.
 
Dengan masalah yang dihadapi Aliah, kebaikan antioksidan yang terkandung dalam InnerShine akan membantunya kekal sihat dan cantik di sebalik tekanan hidup yang dihadapi.
 
Namun, memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi Aliah, Talha mencadangkan alternatif untuk mengamalkan buah naga sama seperti khasiat yang terkandung dalam InnerShine.

Sebagai pelakon yang memiliki kecantikan semulajadi, Fasha turut dilantik sebagai duta baharu rangkaian InnerShine – merangkumi InnerShine Pati Prun dan InnerShine Pati Beri.
 
“Saya percaya bahawa pengambilan makanan yang sihat memberikan kesan yang positif kepada penampilan diri.
 
“Namun demikian, sungguhpun kebanyakan kita berusaha sebaik mungkin dalam memastikan diri dan orang tersayang mengamalkan pemakanan yang sihat untuk berasa sihat dan tampil hebat, tetapi cabaran gaya hidup moden yang sibuk menjadikan tahap yang memuaskan sukar dicapai,” kata Fasha.
 
Pada tahun 2019, InnerShine menekankan manfaat Pati Prun dan Pati Beri bagi membantu mencapai kecantikan dalaman menerusi penganjuran kempen Shine Dari Dalaman.
 
Mega drama Patah Sayap Bertongkat Paruh telah mula ditayangkan pada 3 April lalu setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
 
Drama 14 episod itu mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal, Aliah, yang memiliki tiga cahaya mata pulang ke kampung untuk menjaga bapanya, Pak Osman.
 
Tanpa diduga, Aliah bertemu kawan lamanya, Talhah dan membibitkan rasa cinta.
 
Namun, bekas suaminya, Hisham kembali ke pangkuannya untuk menjalin semula hubungan mereka.
 
Selain Fasha, Patah Sayap Bertongkat Paruh turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Zarul Hussin, Jalil Hamid, Amelina dan Elly Mazlein.


 

Must-Watch Video

Advertisement