Laman Utama

Nak Dapatkan Tidur Yang Berkualiti & Rehat Secukupnya? Jom Ikuti POV Pakar!

gempak
Asyikin Mayudin
03/11/2023
03:25 MYT
Sponsor Banner
Nak Dapatkan Tidur Yang Berkualiti & Rehat Secukupnya? Jom Ikuti POV Pakar!
Semua orang tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan rehat secukupnya bagi memastikan kita sentiasa produktif dan bersemangat sepanjang hari!
Selain pemakanan berkhasiat dan jadual (hindari makanan berat atau ’big meal’ tiga jam sebelum tidur) yang teratur, berurut juga dapat membantu anda tidur lebih nyenyak.
Justeru, rehat anda akan lebih berkualiti dan mencukupi tau! Rehat yang ideal merangkumi persekitaran keseluruhan yang selesa.
Jom kita ikuti POV dari Celeste Lau Wai Hong, Pakar Dietitian.
Bila kita kurang tidur mesti akan menjejaskan masa fokus, perubahan mood dan seterusnya membawa kepada lemah dalam prestasi kerja.
Dalam jangka masa panjang, kesihatan kita akan terjejas dan membawa kepada risiko penyakit contoh; masalah kesihatan mental, kencing manis, tekanan darah tidak terkawal, obesiti dan juga kanser.
Dari segi pemakanan pun boleh menjejaskan tidur kita tau! Jadi perlu ambil makanan yang membantu untuk tidur seperti:
#1: Makanan tinggi kandungan Magnesium
● Magnesium penting dalam pelbagai fungsi badan seperti operasi otot, saraf, sintesis protein, glikolisis, dan kawalan tekanan darah. Ia bantu penukaran protein tubuh kepada bahan kimia yang membuatkan kita rasa tenang dan mengantuk.
● Contoh makanan: Walnut, badam, biji rami, salmon, makarel
#2: Makanan mengandungi Tryptophan
● Tryptophan ini sejenis asid amino yang hanya boleh didapati daripada makanan berasas protein dan berfungsi menghasilkan serotinin dan melatonin untuk membantu kita tidur dan irama sirkadian tubuh.
● Makanan seperti: susu, telur, ayam itik, udang
#3: Makanan tinggi kandungan Melatonin
● Melatonin adalah sejenis hormon yang bantu kita tidur, biasanya terhasil kalau kita ada kat tempat gelap.
● Makanan mengandungi Melatonin: Tomato, strawberi, anggur, jus ceri
#4: Makanan & herba tinggi Antioksidan
● Makanan mengandungi antioksidan yang tinggi: buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni, salmon, biji rami, teh chamomile, jus ceri
#5: Makanan yang terbaik untuk dielakkan
● Alkohol
● Hadkan penggunaan kafein
● Makanan terlalu tinggi lemak dan rempah ratus sebelum tidur.
Elakkan makan terlalu besar dan berbaring pada waktu malam... lebih baik untuk makan malam 2-3 jam sebelum tidur. Turut dinasihatkan terutama pesakit Diabetes yang menggunakan insulin, untuk minum air suam dalam 0.5-1 jam sebelum tidur.
Selain itu, snek ringan sebelum tidur boleh membantu mencegah lapar pada waktu malam dan elakkan bangun untuk mencari makanan di tengah malam.
Suplemen sentiasa menjadi pilihan terakhir jika pesakit tidak dapat mengambil dengan secukupnya daripada sumber makanan.
Kerusi Urut, Penyaman Udara Inverter & Tilam PRIME ll Series Coway
Seperti yang kita sedia maklum, syarikat Best Life Solution, Coway, sentiasa menyediakan segalanya yang terbaik dengan meneruskan usaha mereka untuk memberikan impak positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia melalui kempen, Rest with Coway yang merangkumi produk kerusi urut, penghawa dingin inverter dan tilam PRIME II Series Coway.
Bagi memperkukuhkan kempen ini, Coway telah menjalankan tinjauan untuk mendapatkan corak rehat dalam kalangan rakyat Malaysia serta faktor utama yang mempengaruhi rutin tidur mereka pada waktu malam. Hasil penemuan daripada tinjauan itu mendedahkan maklumat seperti:
● 78% rakyat Malaysia tidak rehat secukupnya
● 63% rakyat Malaysia tidur lebih lena dengan penghawa dingin
● 62% rakyat Malaysia mudah terlelap apabila badan lebih tenang
● 79% rakyat Malaysia memerlukan katil yang lebih selesa
Kerusi Urut Coway
Kerusi urut serba maju ini direka bentuk untuk membantu pengguna melegakan ketegangan otot dan bersiap sedia untuk tidur nyenyak dan bangun pagi dengan rasa segar dari hujung kepala ke hujung kaki.
Menyediakan roda penggelek dan beg udara tambahan untuk urutan lebih mendalam serta trek urutan sepanjang 130cm yang boleh menyegarkan pengguna dari hujung kepala hingga bahagian betis, dan bukan sahaja setakat di bahagian bawah belakang.
Kerusi urut ini juga pasti menenangkan fikiran pengguna, dengan ciri urutan senyap terkini. Tiada lagi bunyi dan decitan yang kuat dan mengganggu semasa diurut sebaliknya, anda diselubungi suasana menenangkan dengan reka bentuk peredam bunyi Coway.
Mainkan lagu-lagu kegemaran anda dan nikmati detik-detik menenangkan dengan Coway Massage Chair.
Turut dilengkapi Servis Penjagaan 7- Langkah Coway, termasuk pertukaran dan penggilapan alas kulit kerusi, serta pembersihan dan pensterilan.
Penyaman Udara Coway
Coway menawarkan penyaman udara inverter pertamanya yang dapat mengubah kediaman anda untuk menjadi lebih nyaman dengan efisien, dan mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk seisi keluarga.
Penyaman Udara Coway dilengkapi dengan sistem penapisan 5 langkah termasuk lapisan ion perak dan penapis HEPA untuk proses penulenan yang menyeluruh dan turut didatangkan dengan ciri pembersihan kendiri menggunakan pensterilan haba yang menghapuskan bakteria dan mikroorganisma.
Selain itu, fungsi bayu lembut menghasilkan aliran udara serta angin yang semula jadi dan selesa di dalam rumah anda. Sebagai tambahan, angin yang lembut dapat dialirkan 4 hala secara automatik mengikut arah yang dikehendaki.
Alat kawalan jauh penyaman udara itu membolehkan pengguna mengawal sehingga 9 mod yang berbeza; daripada mod membuai, hinggalah kepada mod eko, turbo dan banyak lagi.
Coway turut menyediakan 7-Langkah Servis Penjagaan Penyaman Udara melalui proses penyelenggaraan berkala yang termasuk pemeriksaan operasi dan kontaminasi, pembersihan, rawatan enzim, pensterilan UV, rawatan gegelung, dan penukaran penapis udara.
Tilam PRIME II Series Coway
Coway juga telah menawarkan Tilam PRIME II Series dibina dengan busa yang berudara dan menyejukkan, selain sokongan maksimum dan gangguan minimum (lateks 5 zon dan spring kocek 7 zon), tilam serba baharu yang ditambah baik ini ialah hasil teknologi serba maju Coway yang disesuaikan mengikut bentuk dan postur badan individu.
Tilam ini disediakan dalam saiz Queen dan King dengan rangka katil dan kepala katil berkulit PU yang nipis dan anggun berwarna baldu biru gelap dan kelabu gelap untuk sentuhan mewah kontemporari.
Tilam ini juga terletak molek di atas dasar berkaki tinggi, untuk memudahkan pembersihan permukaan di bawah katil dengan vakum robot. Dalam usaha mencapai tahap kebersihan tilam yang optimum, PRIME II Series dilengkapi dengan pelapik tilam boleh tukar percuma* yang memastikan tilam sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Bukan itu saja, Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah rutin Coway oleh Juruteknik Penjagaan Rumah Coway menggunakan kelengkapan teknologi tinggi terkini untuk membersihkan dan menjaga tilam.
Untuk sebarang maklumat boleh layari ; Campaign: Rest With Coway
· Tilam Prime II Series Coway · Penyaman Udara Coway · Kerusi Urut Coway
*Tertakluk kepada terma & syarat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live