Laman Utama
Nak Dine In Tapi Takut? Boleh Cuba Cara Aril Pilus – “Bolehlah Daripada Tak Ada”
Penyanyi Aril Pilus mempunyai cara tersendiri untuk makan di luar bersama keluarga.
Walaupun negara sudah dibenarkan makan di restoran, namun sebagai langkah berjaga-jaga Aril lebih selesa untuk makan di dalam kereta.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Aril berkongsi foto yang merakamkan isteri dan anaknya menikmati hidangan mee goreng di dalam keretanya.
“Lama sangat terperap dalam rumah, beluncas dalam kepompong pun dah jadi rama-rama. Sian kat anak, baru dia tau ada makhluk lain yang hidup selain mak bapa dia kat rumah.
“Bukan jauh pun, dekat-dekat kawasan rumah ja, beli mee mamak satu bungkus kemudian makan kongsi-kongsi la kami dalam kereta.
“Bolehlah daripada tak ada, pastu balik semula ke dalam sarang, menanti hari yang mendatang, entahkan gelap entahkan terang.
“Cuma berpandukan khabar yang tak pernah tenang, harapkan yang ditatang? Sampai bila-bila pun takkan berterus-terang. Tak apa kita ada Allah SWT… InsyaAllah semuanya akan tenang,” coretnya.
Pada 8 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk 'dine-in' atau makan di restoran.
Must-Watch Video