Gaya Hidup
Nak Elak Beruban Di Usia Muda, Salah Satu Petua Adalah Makan Kimchi! Eh Betul Ke Ni?
Rambut merupakan antara aset penting untuk penampilan tidak kira sama ada lelaki atau wanita.
Jika ternampak sehelai dua rambut putih dikepala sudah pasti menimbulkan kerisauan lebih-lebih lagi jika anda masih diusia yang muda.
Namun jangan bimbang, laman Facebook Public Health Malaysia berkongsi beberapa cara pencegahan untuk masalah rambut beruban.
“Setiap individu mempunyai berjuta juta folikel rambut. Folikel rambut ini menghasilkan rambut baru dan mengeluarkan pigment warna (melanin).
“Apabila semakin berusia, individu akan kehilangan pigmen warna ini, ini suatu perkara yang normal bagi individu berusia untuk memiliki rambut beruban.
“Namun ada individu yang beruban lebih muda berbanding usia. Bagi mencegah masalah ini, makanlah makanan yang kaya dengan vitamin seperti:
“Daun kari, buah limau, Kimchi, tempeh, ikan salmon, tiram, telur, coklat dan kekacang.
“Selain itu, berhenti merokok, jangan kerap menggunakan bahan kimia untuk produk rambut dan elakkan stress!” kongsi laman berkenaan.
Kami berharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat buat pembaca Gempak.
Must-Watch Video