Nama pelakon Hafidz Roshdi terus menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya selepas isterinya, Nurul Shuhada mendedahkan aktor tersebut telah berlaku curang terhadapnya.

Pun begitu, sehingga ke saat sini, tiada sebarang penjelasan rasmi yang dibuat oleh Hafidz dan Shuhada sendiri mengenai cerita yang sedang diperkatakan tersebut.

Terbaharu, menerusi perkongsian Instagram @Jabatannetizennegara20, tular pula tangkap layar menunjukkan mesej yang didakwa dihantar Hafidz kepada seorang wanita yang dikatakan orang ketiga yang menjadi punca rumah tangganya goyang.

Pada perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat begitu mesra ketika sedang bermesej dengan individu yang nombor telefonnya disimpan menggunakan nama ‘Hafidz’. Malah wanita itu sempat mengirimkan sekeping gambarnya wajahnya.

Hal ini sekali gus membuat netizen bingung dan berteka teki adakah benar wanita itu sebenarnya yang dimaksudkan Shuhada yang menjadi penggangu rumah tangganya.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai wanita misteri itu tidak dapat dipastikan siapa dan boleh jadi ia sekadar akaun palsu yang ingin mengambil kesempatan ketika berita aktor tersebut sedang diperkatakan ramai.

Terdahulu, Hafidz dalam satu kenyataan kepada media menafikan tentang khabar angin yang mengatakan dia sedang berlaku curang dan sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Malah mengaku foto isterinya di Instagram tiada l kerana mahu beri fokus kepada content atau kandungan yang berkaitan kerjaya seninya sebagai pelakon.

Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.