Personaliti media sosial dan pelakon Norreen Iman tampil menjawab teguran seorang wargamaya terhadap penampilannya dalam sebuah video TikTok yang didakwa terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.
Menerusi platform TikTok, Norreen mengakui kesilapannya dan mengucapkan terima kasih buat individu tersebut yang dikenali sebagai Adam Daniel lantaran memberikan teguran yang membina.
Namun bagi Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 28, dia berpakaian sebegitu kerana yakin dengan bentuk badannya dan mahu lari daripada gaya seperti seorang lelaki.
“Saya tahu silap saya dalam video ini, saya memakai baju yang menampakkan saya ni wanita. Sebab bila saya bekerja, kebanyakkan pakaian saya seperti lelaki.
“Tipulah kalau saya takde rasa insecurities. Confident tu ada tapi insecure pun ada dari segi badan yang besar. Jadi bila saya bekerja, pakaian saya biasanya blazer, baju lengan panjang, memang macam jantan.
“Cuma sejak beberapa hari ni, saya bercakap pada diri sendiri, saya nak tukar penampilan sebab ada yang tegur saya asyik pakai seluar dan blazer je.
“Saya nak nampak Norreen ni gegirl, nak mencuba. Salah ke nak mencuba jadi gegirl. Mungkin baju tu memang fit kat badan saya tapi masa kerja memang saya pakai jaket dekat perut, tutup punggung,” jelas Norreen ketika mempertahankan penampilannya.
@norreen143_ #stitch with @adam daniel ♬ original sound - Norreen143
Sehingga kini, video penjelasan Norreen telah menerima hampir 1.6 juta tontonan manakala video tariannya mencecah lebih 1 juta tontonan.