gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cik Epal Tak Kisah Berjodohan Dengan Lelaki Muda - "Janji Lelaki Tu Tinggi, Elok, Ada Agama & Matang”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Air Mata Ariel Fesol Gugur, Syukur Diberikan Peluang Kedua - “Saya Datang Ke Sini Dengan Membawa…”
HIBURAN
Yatie Sedih Tak Dapat Bersama Feminin Di Konsert GenKRU - “Kalau Bukan Sebab…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Nak Melawat Taiwan Tapi Tak Tahu Bila? Ini Waktu Sesuai Untuk Berkunjung Ke Sana!

gempak
Kamaruddin Razal
08/08/2019
00:43 MYT
Sponsor Banner
Nak Melawat Taiwan Tapi Tak Tahu Bila? Ini Waktu Sesuai Untuk Berkunjung Ke Sana!
Berbanding Jepun, China dan Korea, Taiwan merupakan destinasi yang kurang popular berbanding tiga negara itu.
Tahukah anda, Taiwan merupakan destinasi pelancongan yang mempunyai banyak tarikan istimewa untuk dilawati pengunjung.
Semakin terkenal di kalangan pelancong, Taiwan kini menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan kelainan.
Tempat-tempat menarik seperti New Taipei Tamsui Fisherman's Wharf, Taichung Wuling Farm, Taipei 101, Rainbow Village Taichung, Shilin Night Market, Sky Dream Lihpao Land dan banyak lagi destinasi pasti menggamit naluri sang pengembara.
Namun, bilakah waktu yang sesuai untuk melawat Taiwan? Pastinya anda mahu merancang sebelum mahu ke sana.
Taiwan merupakan destinasi yang berada di zon separuh tropika dengan jajahan selatan beriklim tropika.
Waktu yang sesuai untuk pelancong berkunjung ke Taiwan adalah pada musim luruh sekitar bulan Disember sehingga Mac.
Ketika itu, suhunya rendah dan hujan juga turun dengan kurangnya. Kawasan persisiran lebih sejuk dengan langit diliputi awan tebal dan sering hujan renyai-renyai.
Menjelang April dan Mei, suhu mula naik dan cuaca akan menjadi lebih panas. Hujan sekejap­sekejap berlaku sepanjang bulan Mei sehingga Ogos.
Kadangkala berlaku ribut petir pada waktu petang berselang­seli dengan hari-hari yang disinari dengan kehangatan cahaya matahari.
Anda harus berwaspada jika berkunjung ke sana pada Julai sehingga September kerana ada kemungkinan ribut taufan berlaku sepanjang bulan panas.
Menuju ke pengakhiran September, hujan sudah mula berkurangan. Suhu yang panas sudah mula menurun dan cuaca secara perlahan-lahan berubah ke musim sejuk yang sederhana di sana.
Untuk pengetahuan semua, suhu akan menjadi sangat dingin di sekitar pergunungan dan perkara terbabit akan menjadi salah satu tarikan untuk mereka yang gemarkan udara bersih dan menyegarkan!
Jadi, pilihan di tangan anda... Rancang perjalanan dan percutian anda ke Taiwan agar semuanya berjalan lancar!
Sumber: Laman web Taiwan The Heart of Asia Kredit foto: Klook
Topic Berkaitan
#Travel
#Taiwan
Must-Watch Video