Skip to main content

Trend Pasaran

“Nak Pindah Ke Kelantanlah” - Netizen Teruja Tengok Khairul Aming Belanja Pekerja

astrogempak_netizen_nak_kerja_dengan_khairul_aming.jpg

Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memuat naik video sedang berbelanja untuk semua pekerja kilangnya di Kelantan.
 
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh itu dilihat membawa semua pekerjanya seramai 100 orang pergi membeli belah untuk persiapan hari raya. 

“Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ini. Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family, bagi duit raya and also buka puasa kat hotel.


“Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok. 

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah jumlah duit raya yang diberikan kepada pekerjanya.

Oleh itu, rata-rata netizen terus meninggalkan komen lucu bertanya sama ada kilang milik pempengaruh itu mempunyai jawatan kosong.

Selain itu, ramai yang memuji sikap pemurah Khairul Aming yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan pekerjanya, membuatkan perniagaannya terus maju dan diberkati.

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

“Ada kerja kosong tak? Jadi, Cleaner pun jadilah.” 

“Nak pindah Kelantan kerja dengan KA. Bye semua.”

Advertisement

Must-Watch Video