Laman Utama

“Nak Putuskan Rantaian Ke Nak Putuskan Nyawa Orang?”- Dakwa Vaksin Covid-19 Penyebab Kematian, Suhaimi Saad Pertahankan Pendiriannya

gempak
Syafiqah Jalal
26/04/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Nak Putuskan Rantaian Ke Nak Putuskan Nyawa Orang?”- Dakwa Vaksin Covid-19 Penyebab Kematian, Suhaimi Saad Pertahankan Pendiriannya
Bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad masih mempertahankan pendiriannya bahawa vaksin tidak menjamin apa-apa pada tubuh badan manusia malah memudaratkan.
Lebih meyakinkannya lagi, Suhaimi mendakwa dia menerima pelbagai berita mengenai kesan sampingan vaksin Covid-19 sehingga menyebabkan kematian.
“Ada satu group WhatsAppa tu tiap-tiap minggu update pasal mangsa yang meninggal dunia selepas terima suntikan kedua.
“Petang tadi saya dapat berita orang atasan hospital pun masih positif walaupun dah terima suntikan. nyawa orang kot.
“Banyak lagi cara lain la nak kuatkan sistem imun. Nak suntik untuk apa sampai ramai yang dah mati.
“Nak putuskan rantaian ke nak putuskan nyawa orang?” persoalnya.
Suami kepada Ina Naim itu berkongsi pendapatnya di laman sosial Instagram.
Tambah Suhaimi lagi dia sudah tidak percaya dengan kementerian kesihatan atau kerajaan yang menetapkan pelbagai SOP (prosedur operasi standard) dan cuba mengaburi mata rakyat dengan bilangan kes Covid-19 di negara ini.
“Saya sebenarnya dah lama faham permainan diorang ni. Sebab tu aku menyampah dan hilang percaya.
“Angka angka tu pun ss percaya bukan angka sebenar pun.
“Kat dunia, boleh la kau tipu semua orang. Kau ubah itu ini. Kau buat SOP SOP yang merapu dan langsung tak berkesan sampai rumah rumah Allah pun ditutup, sunnah jadi punah.
“Esok dalam kubur,di mahsyar,kau kenal la SOP sebenar. Jangan fikir Allah tu tidur.
“Hidup kita ni tak lama. Jangan rasa hebat,jangan yakin kau akan selamat kalau kau khianat pada Tuhan dan masyarakat,” tegasnya.
Dalam pada itu, Suhaimi turut mempertikaikan SOP yang ditetapkan di rumah ibadah seperti masjid dan surau.
“Sepatutnya semua muslim bersatu pertahankan islam,masjid dan sunnah. Bukan ikut taat patuh je semua benda walaupun dah jelas mengarut.
“Tengok negara lain, boleh je solat macam biasa. Makin hari makin terang kejahatan dan pembohongan diorang ni.
“Ingat, bila pembalasan Allah tu sampai, tak akan ada siapa pun yang dapat halang dan bantu.
“Mereka ni sebenarnya nak jual ubat. Nak rosakkan Islam. Nak bunuh orang. Tak nampak lagi ke?” tegasnya.
Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live