Laman Utama

“Nak Swab Test Diri Sendiri Pun Ngeri, Inikan Pula…” -Shera Aiyob Jadi Jururawat?

gempak
Gempak
10/06/2022
01:01 MYT
Sponsor Banner
“Nak Swab Test Diri Sendiri Pun Ngeri, Inikan Pula…” -Shera Aiyob Jadi Jururawat?
Aktres terkenal Shera Aiyob berkongsi pengalaman menjadi sebahagian daripada barisan hadapan ketika menjalankan pengambaran drama ‘Lockdown 2’.
Menurut Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob, 35, pengalaman ini tidak dapat dilupakan apabila Shera merasai sendiri pengalaman membawakan watak sebagai seorang jururawat.
“Hari pertama penggambaran, memang ada wakil dari klinik dan pegawai perubatan datang dan ajar saya bagaimana cara-cara dan gaya seorang jururawat bekerja.
“Watak saya kali ni agak lain, sebabnya sebagai jururawat saya perlu melakukan swab test kepada pesakit.
“Sejujurnya nak buat swab test dekat diri sendiri pun rasa ngeri, inikan pula nak buat dekat orang lain.
“Tapi, Alhamdulillah mereka sangat membantu. Dari situ, saya belajar dan banyak juga hal-hal lain yang saya peroleh masa bawa watak ni” katanya.
Selain Shera, antara barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Rozita Che Wan, Janna Nick dan ramai lagi yang turut membintangi drama Lockdown 2.
Drama ‘Lockdown 2’ kini sedang ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 6 Jun hingga 30 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live