Laman Utama

#NakCakapSikit: Hormatilah Bulan Ramadan, Jaga ‘Jari’ Masing-Masing!

gempak
Fiza Kamarudin
05/05/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Hormatilah Bulan Ramadan, Jaga ‘Jari’ Masing-Masing!
Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan, bulan seribu rahmat akan pergi meninggalkan kita semua.
Tapi #NakCakapSikit tengok…ada segelintir kita yang masih tidak ‘meninggalkan’ apa yang sepatutnya ditinggalkan!
Sekurang-kurangnya tinggalkanlah seketika dan berniatlah untuk menjaga ibadah dalam bulan Ramadan ini, tetapi nampaknya jari masih laju hentam orang sana-sini.
Ya, memang betul ada beberapa isu hangat dan sensasi berlaku sejak dua menjak ni tetapi sekurang-kurangnya tinggalkanlah komen yang baik-baik bukan sampai ke tahap menghina.
Malah lebih teruk lagi ada yang mencaci, maki…Senang cerita, adab tu ke laut dalamlah!
Astagfirullah, terlupa ke masing-masing tengah berpuasa? Atau tak perasan kerana masing-masing menaip bukan bercakap menggunakan lidah?
Ada sesetengah tu memang sengaja cipta kontroversi dan komen-komen biadab sebab nak jadi nombor satu atau dalam bahasa kasarnya 'nak tunjuk power'!
Sampai lupa dirilah orang kata...Jari tu lagi tajam dari pisau, silap-silap boleh guna untuk cincang daging! Ish!
Bukan ke Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari pernah bersabda, keselamatan manusia berrgantung kepada kemampuannya menjaga lisan.
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Jadi, lebih baik diam daripada berkata-kata perkara tidak perlu! Tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadan ni. Buat kurang pahala puasa je!
Ni #NakCakapSikit, malam-malam terakhir ini hantarlah Ramadan pulang dengan amalan-amalan yang berlipat kali ganda, tak rugi pun kumpul saham akhirat!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live