Laman Utama

#NakCakapSikit: Ini Penjelasan Peguam Kenapa 6 Pelajar Cederakan Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung!

gempak
Fiza Kamarudin
03/11/2021
13:31 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Ini Penjelasan Peguam Kenapa 6 Pelajar Cederakan Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung!
Sejak semalam, kecoh media sosial apabila Mahkamah Tinggi memutuskan enam pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa enam pelajar tersebut tidak dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan? Mengapa dihukum di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan sahaja?
Seorang bekas peguam Mahkamah Tentera dikenali sebagai Sir Kamarul di laman sosial Twitter, memberi penjelasan mengenai kronologi kes dan sebab enam suspek dijatuhi hukuman penjara 18 tahun walaupun didapati bersalah.
Menurut Sir Kamarul, Perlu kesemua 6 tertuduh memang didapati bersalah. Cuma kesalahan yang dilakukan mereka berenam tidak menyakinkan hakim Mahkamah Tinggi, bahawa adanya niat membunuh di bawah Seksyen 302.
Mereka bersalah atas kesalahan menyebabkan kematian arwah Zulfarhan.
Bagaimanapun kata Sir Kamarul, Kes boleh naik ke Mahkamah Rayuan Putrajaya sekiranya Timbalan Pendakwa Raya membuat rayuan. Rayuan bagi mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menafikan adanya niat membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Update terkini Kes Zulfarhan Osman: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengesahkan Jabatan Peguam Negara akan kemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Rayuan dibuat untuk kembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh kerana membunuh.
Rentetan daripada kes Allahyarham Zulfarhan ini, #NakCakapSikit menyeru kepada semua supaya hentikan budaya buli ini!
Bahayanya buli jika dijadikan budaya, ambil kes Zulfarhan sebagai pengajaran. Kononnya mahu beri pengajaran, tapi tak sangka pula boleh menyebabkan kematian!
Jelas, perbuatan ini sangat tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak lagi cara untuk mempamerkan intergriti, bukan dengan cara buli atau menghukum sendiri.
Kepada keluarga Allahyarham, semoga terus kuat dengan dugaan ini dan dipermudahkan urusan pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live