Hari ini negeri Selangor jadi trending di Twitter sebab masalah air. Entahlah, #NakCakapSikit pun sebenarnya muak dengan masalah air di negeri Selangor ni.

Bukan kaleng-kaleng…Dah macam acara tahunan dah. Dekat sesetengah tempat ada yang macam acara bulanan. Serius #NakCakapSikit tak tipu.

Ada sahaja masalah yang timbul berkaitan dengan air di negeri Selangor ni tau. Sampai bila rakyat di negeri ini nak berdepan beban macam ni.

Yang tak kena, tak rasa. Kadang-kadang tu kata gangguan air berlaku tiga hari tapi berlarutan sampai seminggu pun ada. Tak ke beban namanya tu?

Bayangkan kalau seisi rumah mempunyai bilangan anggota keluarga yang ramai? Agak-agak boleh ke bertahan dengan tadahan air yang tak seberapa dalam jangka masa seminggu?

Yang berduit, boleh juga pergi daftar masuk ke hotel…Tapi bagi golongan pertengahan macam #NakCakapSikit ni…How?

Iya, #NakCakapSikit akui ada bantuan air disalurkan kepada penduduk setempat (walaupun lambat di sesetengah kawasan) tetapi bekalan air pun tak berapa nak bersih…Bukan nak demand atau mengada-ngada tetapi untuk rakyat, cubalah cari inisiatif terbaik untuk kami.

#NakCakapSikit bukan sengaja mereka-reka cerita ya, tetapi kalau tidak percaya pihak sepatutnya sesekali turunlah padang dengar sendiri keluh kesah rakyat.

Masalah pencemaran sumber air mentah, pencemaran bau, paip pecah…HELLO! Rakyat dah muak! Sampai bila alasan-alasan macam ni akan diberikan?

Bila nak selesai? Rasanya sebelum ini sudah ada yang mengangkat isu ini kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tetapi seperti mencurah air ke daun keladi.

Pihak berkuasa harus memikirkan inisiatif untuk mewujudkan rizab air mentah, membina simpanan air mentah luar sungai dan mewartakan rizab sungai bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan.

#NakCakapSikit harap air tadahan ni cukuplah untuk kami sekeluarga, walaupun dah lali tapi nak kena juga luahkan rasa terbuku. Penat tau penat!