Laman Utama

#NakCakapSikit: Ramai Berdebar Tunggu Status Pengeluaran i-Citra RM10,000 Secara One-Off...?

gempak
Fiza Kamarudin
24/11/2021
10:19 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Ramai Berdebar Tunggu Status Pengeluaran i-Citra RM10,000 Secara One-Off...?
Tidak boleh kata tidak! Memang ramai yang terkesan dengan situasi sekarang, semua golongan tidak terkecuali.
B40, M40 malah T20 juga tidak terkecuali. Kata orang, besar periuk nasi…besarlah kerak! Sebab itulah beberapa hari ini kecoh balik tentang pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off.
Ramai yang tertanya-tanya mengenai status terkini i-Citra. Adakah akan dilaksanakan buat atau pun tidak?
Katakanlah kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra kali ini, pasti ramai yang menarik nafas lega terutama yang sedang terjejas sekarang.
Tetapi apa yang menjadi kerisauan ialah pencarum akan ‘kehilangan’ atau ‘kekurangan’ simpanan untuk hari tua.
Tapi, ada pula yang kata…Caruman KWSP duit sendiri dan apa yang berlaku di kemudian hari adalah tanggungjawab pencarum.
Tambah-tambah lagi sekarang ni, sudah ramai yang terdesak, malah ada yang sanggup pinjam ‘Ah-Long’ untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Itu tak kira lagi yang terpaksa jual segala aset dan barangan keperluan yang ada demi menyara keluarga.
Lagi pula sekarang ni harga barangan pun nampak naik mencanak-canak tanpa kita sedari. Tau-tau je, bajet bulanan barangan dapur burst! Tapi barang yang dibeli sama je, cuma yang asas.
Kemudahan i-Citra ini sangat membantu bukan sahaja kepada ahli yang terkesan, tetapi juga ekonomi negara.
Bagi #NakCakapSikit, rakyat bersuara dan mendesak kerana sudah terdesak, kadang-kadang tersedak!
Masing-masing ada kesulitan...Ada banyak tunggakan yang perlu dijelaskan dan ada sesetengah berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.
Itulah tujuan rakyat mendesak. Sangat-sangat memerlukan.
Tapi #NakCakapSikit rasa, kepada pencarum yang kewangan masih stabil, elak ambil i-Citra (kalau boleh) kerana KWSP merupakan satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi, maka ia tidak patut diusik bagi tujuan tidak penting.
Again, duit korang sendirikan...Fikir-fikirkanlah ya!
Awal November lalu, ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak merayu kerajaan supaya menaikkan had pengeluaran maksimum wang KWSP menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live