Laman Utama

#NakCakapSikit: Selamat Kembali Bekerja Penggiat Seni…Yang Belum Vaksin Tak Payah Memekak Tak Ada Job!

gempak
Fiza Kamarudin
08/09/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Selamat Kembali Bekerja Penggiat Seni…Yang Belum Vaksin Tak Payah Memekak Tak Ada Job!
Alhamdulillah, lega #NakCakapSikit selepas Perdana Menteri mengumumkan kerajaan memberi kelonggaran beroperasi kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan sektor industri kreatif.
Lega sebab selepas ini rakan-rakan #NakCakapSikit dah boleh keluar mencari rezeki macam biasa. Korang yang berada di tempat duduk mereka mungkin tak faham.
Mereka ini semua sudah sampai tahap rebus batu untuk jaga perut anak-anak tau. Nak tak nak hidup kena teruskan juga.
Sejak semalam #NakCakapSikit dapat panggilan telefon daripada kawan-kawan yang dah tak sabar nak mula bekerja.
Menangis-nangis dalam kesyukuran. Kata mereka, mahu cari duit…Nak bagi anak makan sedap-sedap selepas hampir dua tahun ‘lumpuh’.
Eh..Korang faham tak ni. #NakCakapSikit ‘deep’ la sikit hari ni. Sesekali ye tak?
Kepada kawan-kawan semua, selamat kembali bekerja ya. SOP jaga dan patuhlah pada garis panduan yang disediakan kerajaan tu.
Jangan nanti, terpaksa melalui keperitan sekali lagi.
Yang penting, korang semua kena ingat ya…Kelonggaran untuk mula bekerja diutamakan kalau korang dah lengkap dua dos vaksin!
Kepada yang belum vaksin tu, tak perlu jadi anjing menyalak bukit kalau hati tu keras dan tak hingin nak dapatkan vaksin.
Dan…jangan menuduh orang lain cuba sekat diri rezeki atau dengki kalau tak ada yang nak panggil korang berlakon atau tiba-tiba nama digugurkan daripada stesen TV!
Dalam hal ini rasanya #NakCakapSikit tak perlu pun ulas panjang-panjang. Sendiri makan pengatlah gais!
Kalau rasa ada tanggungjawab dan hati dah terbuka nak ambil vaksin, silakan. Jika tidak, tunggulah kot-kotlah ada pendekatan lain untuk elak jangkitan selain daripada vaksin.
Kepada penerbit dan pengarah filem pula, silalah bertegas dalam hal ini. Jangan ambil ringan dan melanggar apa yang telah kerajaan tetapkan.
Ya, faham…kesian kawan-kawan tak ada job, tapi kalau dia pun tak sayangkan diri dia…How?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live