Laman Utama

Nama Zikir Jadi Bahan Gurauan, Shiha Komen - “Itu Nama Arwah Abah Saya…”

gempak
Mya Amri
02/06/2022
02:15 MYT
Sponsor Banner
Nama Zikir Jadi Bahan Gurauan, Shiha Komen - “Itu Nama Arwah Abah Saya…”
Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila nama ‘Zikir’ menjadi bahan gurauan netizen.
Bagaimanapun kata Shiha, dia kini belajar untuk tidak cepat melenting dan sabar dengan sikap tidak matang mereka yang mempersendakan nama arwah bapanya.
“Saya tak akan ambil hati, dulu ya. Dulu saya pernah balas balik. Orang sebut main-main nama Zikir pun saya marah.
“Sebab itu adalah nama arwah abah saya. Orang cakap kau macam ni tiba-tiba pakai nama Zikir, dah la free hair,” katanya kepada Gempak.
Sebagai anak, Shiha juga menjelaskan penggunaan nama Zikir di dalam namanya itu membuatkan dia berasa lebih dekat dan menghargai arwah bapa kesayangannya.
“Bukan saja-saja nak letak. Nama arwah abah saya Mohd Zikir, kenapa saya letak? Sebab dia yang ajar saya menyanyi.
“Saya masuk dalam industri ini sebab saya nak rasa dekat dengan dia, rasa macam nak appreciate seseorang yang sangat-sangat saya hargai, sebab itu saya letak Shiha Zikir.
“Walaupun saya dah agak ramai orang akan mempermainkan nama tu. Dulu saya balas balik, bergaduh-gaduh dekat Twitter.
“Tapi bila fikir balik kan buat apa kita jadi orang macam tu. Apa yang awak dapat? Kepuasan apa yang awak dapat sebenarnya?
“Di media sosial, ini bukan benda ringan. Benda-benda yang melibatkan komen negatif ni… Sebab kita tidak tahu apa yang orang tu pernah lalui,” katanya.
AME2021 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad ini menyaksikan Shiha dinobatkan sebagai Top Top MeleTOP Wanita.
Secara keseluruhan Shiha memenangi lima trofi menerusi kategori Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Hantu Bonceng, Duo/Berkumpulan MeleTOP, Lagu MeleTOP bersama Noki K-Clique menerusi AEWO dan Top Top MeleTOP Wanita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live