Laman Utama
Namakan Kuda Trulala, Intan Najuwa Sifatkan Hadiah Dari Suami Persediaan Ada Anak
Kisah pelakon Datin Intan Najuwa menerima hadiah seekor kuda putih pada ulang tahun ke-26 daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman baru-baru ini sempat mencuri perhatian netizen.
Ironi tanpa berselindung Intan memberitahu dia tidak tahu menunggang kuda namun percaya pemberian ‘lain daripada lain’ itu adalah usaha suaminya untuk melihat dia melakukan aktiviti riadah.
“Ini (kuda) kejutan sebab tiba-tiba dia sudah beli kuda. Sebab saya ada tanya juga, biasalah perempuankan tanya tak ada hadiah ke?
“Tapi saya tidak sangka pula dapat hadiah kuda. Selalu orang beri coklat, bunga sebagai hadiah.
“Tapi saya tahu tujuan dia beli kuda itu sebenarnya sebab apa. Sebab saya pemalas. Tak ada bersenam sangat atau lakukan aktiviti luar. Jadi dia mungkin mahu saya bangun pagi ada aktiviti nak buat.
“Dan saya tidak pandai menunggang kuda pun jadi saya fikir dia memang mahu saya belajar untuk melakukan aktiviti luar,” jelas Intan saat ditemui pada majlis pengumuman Top 10 Anugerah Telenovela, semalam.
Tambah pelakon yang tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Popular menerusi drama Jesnita, selepas memiliki kuda dia perlu bertanggungjawab menjaga haiwan tersebut dengan baik.
“Tanggungjawab ada kuda atau memelihara haiwan lain itu besar. Belajar dululah mana tahu pada masa akan datang kita ada anak pula ke, jadi kita belajar dulu jaga kuda,” katanya sambil ketawa.
Intan malah menyifatkan kuda yang diberi nama Trulala itu lebih popular daripadanya kini.
“Sekarang saya rasa Trulala lebih popular daripada saya,” katanya dalam nada berseloroh.
Intan dan Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu.
Must-Watch Video