Pelakon Emelda Rosmila berkongsi video yang memaparkan suaminya, pelakon Adlin Aman Ramlie yang tersentuh sewaktu menonton rakaman siaran persembahan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu.

Video yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan Adlin, 47, sedang khusyuk menyaksikan persembahan Naqiu yang mendendangkan lagu Juwita nyanyian asal arwah Saleem.

"Haritu Mel dengan Adlin tengok siaran ulangan GV2019. Bila dah habis tu dia suruh ulang semula bahagian Naqiu jer.

"Nak tengok dari awal dia mula menyanyi. Terlebih rewind pun tak boleh, dia cakap 'no no nak dari awal'. Tengok dia asyik betul tonton Naqiu buat persembahan, jadi, Mel rakamlah, jarang nampak dia macam ni.

Emelda memberitahu, suaminya itu memang seorang yang cukup menghargai dan mengagumi bakat yang ada pada seseorang.

"Nampak je keras, dalam hati lembut. Asyik betul dia tengok Naqiu menyanyikan lagu arwah Salim sampai sedih. Ada pengganti arwah katanya," kongsi Emelda.

Bahkan, dalam rakaman video tersebut, Emelda turut mengusik suaminya apabila melihat Adlin mula bergenang dengan air mata.

"Kenapa awak tengok macam tu? Awak nangis ke? Ye awak nangis. Awak kalau suka tengok satu benda (bakat) tu, sampai menitik air mata," usik aktres berusia 39 tahun itu.

Bagaimanapun, Adlin kemudian mengakui bahawa dirinya cukup tersentuh melihat bakat yang ada pada Naqiu.

"Teringat arwah Saleem. Insya-Allah kita ada pengganti. Baik..baik..baik punya Naqiu.

"Orang mati ke meninggal, tak sedih, tapi apabila tengok bakat itu kita tak tahan, memang baik (Naqiu)," jelas Adlin ketika memberi respons kepada pertanyaan isterinya itu.

Haritu Mel dgn Adlin tgk repeat GV2019. Bila dah habis tu dia suruh rewind part Naqiu jer. Nak tgk dari awal dia start menyanyi. Terlebih rewind pun tak boleh, dia cakap no no nak dari awal. Tgk dia asyik betul tgk Naqiu perfom so Mel recordlaa, jarang nampak dia mcmnie. • Memang selalu dia cakap klu org meninggal patutnya jgn sedih, sbb kembali kepada Ya Rabb pencipta, patut kena redha.? • Adlin appriciate talent, sbb tu dia kawin dgn mel sbb mel berbakat tinggi hahahahha! Tiberrrrrr! ? kidding! • Nampak je keras, dalam hati lembut. Asyik betul dia tgk Naqiu menyanyikan lagu arwah Salim sampai sedih. Ada pengganti Arwah katanya. Tgk smpai habis kay! • Tak pernah kenal Naqiu but good luck to you tonite @thisisnaqiu @gegarvaganzaofficial @astrogempak • Sorry b, i post nie ✌? @adlinamanramlie

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on



Naqiu menyanyikan lagu Juwita pada konsert minggu keenam.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.