Gaya Hidup

Nampak Macam Oversea, Tapi Rumah Pelangi Ini Rupanya Di Kota Bharu Je Boh!

gempak
Hanafis Haris
05/11/2019
10:21 MYT
Sponsor Banner
Nampak Macam Oversea, Tapi Rumah Pelangi Ini Rupanya Di Kota Bharu Je Boh!
Sekali imbas mungkin nampak seperti di luar negara, namun hakitkatnya ia terletak di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu, Kelantan.
Beberapa gambar memaparkan rumah yang dicat semula dengan pelbagai warna menjadi viral di media sosial.
Menerusi satu posting di laman Facebook MPKB Kota Bharu, kampung tersebut dikatakan terletak hanya 10 minit daripada pusat bandar.
Menurut kenyataan laman tersebut, rumah dicat pelbagai warna itu dapat dilihat dari jarak sejauh tujuh kilometer.
"Setakat ini enam rumah siap dicat dan ia merupakan hasil projek inisiatif pertubuhan wanita prihatin Kelantan, Umno Pengkalan Chepa, Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Sebanyak 130 hingga 150 buah rumah terlibat dalam program ‘Kampung Pelangi’ di Kampung Sungai Budor dan Kampung Nik Nal, di tebing sungai Kelantan," kata pengendali akaun tersebut.
Difahamkan, lokasi yang turut popular sebagai lokasi memancing itu telah melalui proses mengecat sejak Mac dan dijangka tiga buah rumah lagi siap dalam tempoh terdekat.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji usaha untuk mencantikkan kawasan perumahan berkenaan.
Bukan sekadar cantik, malah ia boleh diangkat sebagai lokasi tumpuan pelancong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live