Pelakon Nadzmi Adhwa yang sering dikaitkan dengan Ardell Aryana mendedahkan reaksi pelakon wanita tersebut selepas dia datang membuat kejutan berdiri di sebelahnya.
Reaksi Ardell tersebut dirakam menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram milik Adhwa.
Menerusi video tersebut kelihatan Ardell sedang leka menjahit di mesin jahit terkejut dengan kehadiran Adhwa secara tiba-tiba.
“Nampak sangat kau nervous bila aku ada disisi sampai mesin pun bergerak sendiri.
“Kau feeling record video sendiri time menjahit? Padan muka aku rosakkan video kau. Terkejut kau haaaa.
“Aku kacau orang aku pandai, aku menjahit nanti dulu bro,” tulisnya menerusi kapsyen.
Entri tersebut mencuri tumpuan peminat dan pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka berdua.
Malah ramai yang turut mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh bersama.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di