,
Laman Utama

“Nampak Serius Tapi Dia Seorang Yang Sweet” - Nabila Razali Seronok Bekerjasama Dengan MK

Azwa Rahman
01/09/2020
09:10 MYT
Penyanyi Nabila Razali menyifatkan penyanyi rap MK sebagai seorang yang sweet apabila inilah pertama kalinya anggota K-Clique itu berlakon dalam sebuah video muzik romantis.
Menurut Bella, perancangan untuk berduet bermula sejak tempoh PKP diadakan lagi dimana dia berada di Kuala Lumpur dan MK pula di Sabah.
“Saya boleh simpulkan kami dari dua dunia yang berbeza dimana saya pop dan dia pula ada crowd tersendiri. Pada awalnya saya takut juga memikirkan dia nak ke terlibat sama dalam pembikinan lagu balada dan video muzik ni tapi bila berbincang, dia adalah seorang yang sangat cool.
“Saya beritahu apa yang saya nak, jadi nyanyian pertama dia bagi tu memang A dan bila bincang lagi, dia ada tambah input dan terhasilnya apa yang kita dengar pada hari ini,” ujar Bella.
Nabila ditemui ketika majlis pelancaran video muzik Peluang Kedua versi baru yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya.
Tambah Bella lagi, dia seperti mendapat peluang eksklusif apabila dapat bekerja bersama MK dan menyerlahka lagi sisi yang orang belum nampak tentang penyanyi rap itu.
“Terkejut juga saya ingatkan dia serius, gangster tapi tak. Dia seorang yang sangat sweet dan sangat merendah diri. Seronok saya dapat bekerja dengan orang yang macam tu sebab dia mudah dan kita pula nak memberikan yang terbaik.
“Kami juga ada mutual understanding bila dia tanya saya, “kau okay ka buat begitu, okay ka buat begini”. Alhamdulillah, bila bekerjasama dengan dia, komitmen yang dia beri tu lebih daripada yang saya nak,” katanya lagi.
Video yang menjalani penggambaran di Cameron Highland itu sehingga kini sudah menerima hampir 450,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam disiarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabila Razali Umum Hamil Anak Sulung, Dijangka Bersalin Januari Depan

gempak
04/10/2024
03:13 MYT
Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32 bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani,39, meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Hiburan

MK K-Clique Kongsi Kehamilan Isteri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran, Peminat Komen: “Perut Besar Macam Baby Kembar”

gempak
28/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique menarik perhatian ramai apabila berkongsi berita kehamilan isterinya, Siti Hajaar, baru-baru ini.
Viral

Dari Tragedi Ke Kejayaan: Kisah 5 Individu Bangkit Berjuang

gempak
16/07/2024
08:53 MYT
Peluang kedua akan selalu hadir dalam kehidupan seseorang. Namun adakah seseorang yang pernah ‘jatuh’, berdepan tragedi dan melalui episod hitam dalam kehidupan mahu memanfaatkan peluang kedua yang datang untuk kembali bangkit.
Hiburan

Nabila Razali Seronok Beraya Di Kelantan, Suka Panggilan Mek Nab - “Nama Tu Macam Cool Juga Kan”

gempak
17/04/2024
01:55 MYT
Comel pula nama panggilan Mek Nab tu kan.
BorakSeeni