Program masakan Sedapur Bersama Nana Mahazan akan memasuki episod ketiga malam ini.

Dua episod sebelum ini sudah tentu menghiburkan para penonton dengan resipi serta nilai perhubungan yang dikongsi Nana bersama tetamu jemputan.

Untuk episod malam ini, Nana akan memasak menu asam pedas ikan pari Muar bersama ayahnya sendiri, Che Mahazan.

Menariknya, inilah pertama kali Nana memasak bersama ayahnya dan resipi itu adalah dari ibu Nana sendiri.

Sambil memasak, Nana dan ayahnya berkongsi pelbagai cerita antaranya mengenai kepentingan menghargai satu sama lain.

Menurut Mahazan, setiap suami dan anak-anak akan menghargai usaha dan air tangan isteri atau ibu mereka.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan Sedapur Bersama Nana Mahazan pada setiap Khamis, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Program masakan ini turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Fara Fauzana, Raqeem Brian, Reza Mohamed, Nila Kurnia dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!