Laman Utama
Nana Undang Ibu Mertua Dalam Sedapur Bersama Nana Mahazan Episod Akhir Malam Ini!
Program masakan penuh inspirasi, Sedapur Bersama Nana Mahazan akan melabuhkan tirai malam ini.
Seperti episod-episod sebelum ini, Nana banyak berkongsi cerita sambil memasak juadah istimewa bersama tetamu jemputannya.
Menariknya dalam episod akhir malam ini, Nana mengundang ibu mertuanya, Loreta Young untuk memasak menu Laksa Sarawak sambil berkongsi pelbagai cerita.
Ini juga merupakan pertama kali Nana memasak bersama ibu mertuanya itu. Dalam suasana riuh di dapur, mereka sempat mengimbas kembali detik pertemuan pertama mereka.
Ketika itu, suami Nana, Brian membawanya menziarahi Loreta yang berada di hospital. Namun ketika itu, Brian hanya mengaku berkawan biasa dengan Nana.
Firasat ibu lebih hebat! Loreta akui dia sudah tahu tentang hubungan istimewa antara Nana dan Brian ketika itu.
Dalam pada itu, Loreta sempat berkongsi tips untuk memasak Laksa Sarawak dengan sempurna. Nana pula mendedahkan tips bagaimana untuk memenangi hati ibu mertuanya itu.
Loreta juga berkongsi pendapat tentang kahwin campur. Menurutnya, ia merupakan satu perkara biasa di Sarawak dan dia menerimanya dengan hati yang terbuka.
Antara tetamu jemputan yang telah ditampilkan sebelum ini adalah Fara Fauzana, Raqeem Brian, Nila Kurnia dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan episod akhir, Sedapur Bersama Nana Mahazan pada pukul 9.00 malam ini di NAURA (saluran 109).
Must-Watch Video