BERITA
“Nanti Dah Besar, Saya Dengan Bini Sama Bilik Dengan Ibu…”- Zarina Zainuddin Terkejut Dengar Jawapan Anak Selepas…
Pelakon Zarina Zainuddin terkejut dengan jawapan anaknya, Muhammad Adam Azrai selepas meminta menemaninya tidur di dalam bilik.
Anaknya yang baru berusia 13 tahun itu dengan spontan memberitahu dia dan bakal isterinya nanti akan tidur bersama ibunya bila sudah besar nanti.

Zarina memuat naik paparan skrin perbualannya bersama anaknya itu di akaun Instagram miliknya.
Zarina tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut anaknya.
“Kita suruh dia teman kita, dia bahasakan kita pulak,” tulisnya dalam kapsyen.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui lucu melihatnya.
“Hahaha ini comel.
“hahaha adoi anak, boleh bikin kepala pening.
“Adoi nak tergelak baca,” komen antara pengikutnya.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 23 , Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13 tahun.
Must-Watch Video