Menjijikkan, itu antara luahan kebanyakan netizen selepas menyaksikan perlakuan aneh beberapa pemuda di sebuah gimnasium.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, kelihatan seorang individu bertindak memasukkan air ke dalam rakannya.

Tidak cukup dengan itu, Individu kedua itu kemudian memindahkan kepada pemuda ketiga.

Biarpun nampak menggelikan, namun reaksi ketiga-tiganya seakan puas dengan teknik tersebut.

Perlakuan aneh itu kemudian membuatkan netizen tertanya apakah logik di sebalik perbuatan berkenaan.

Malah, ramai yang melahirkan rasa jijik mereka kerana ia membabitkan kebersihan.

Tidak kurang juga yang menganggap perbuatan tersebut sebagai sebagai ‘kemaruk perhatian’ demi sesebuah content.

“Nanti wujur cacap tapir pulak”.

“Pengotornya, dah kenapa nak meludah-ludah macam tu”.

“Extra sado ke kalau buat macam tu,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.