Sejak kemenangan di pentas Gegar Vaganza 2019 (GV2019) tahun lalu, nama Naqiu muncul semula dalam industri setelah beberapa lama menyepi.

Sudah tentu kemunculan semula itu mencetuskan beberapa idea 'comeback' yang tak dijangka oleh para peminat.

Malah, pengalaman berentap bersama otai-otai di GV2019 juga sudah pasti banyak mengajar Naqiu dalam meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Dalam Naura Shares episod 9 malam ini, Naqiu akan berkongsi cerita tentang perjalanan dan sinar kedua dalam hidupnya.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan Naura Shares musim ke-14 yang ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!