,
Laman Utama

Nas Daily Dibenarkan Masuk Malaysia, Netizen Luah Rasa Kurang Senang - “Mari Sambut Dia Dengan Sebalang Cincau”

Azwa Rahman
07/05/2021
03:38 MYT
Youtuber terkenal Nas Daily sudah dibenarkan memasuki Malaysia dengan menggunakan kerakyatan negara Caribbean.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, pemuda warganegara Palestin - Israel itu bangga apabila berjaya membeli kerakyatan negara Caribbean untuk masuk ke Malaysia.
Malah, dia turut meminta pegikutnya untuk meneka berapa lama yang diperlukan dan wang yang dikeluarkan demi mendapatkan pasport tersebut.
Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya berkongsi reaksi bercampur-baur terhadap perkara ini.
Rata-rata tidak bersetuju dan keberatan untuk mengalu-alukan kedatangan jejaka berusia 29 tahun ini kerana sebelum ini pernah memberikan persepsi negatif terhadap Malaysia.
Dia tak tau ke kita tengah PKP. Maksudnya kita ada banyak masa nak maki dia,” komen seorang pengguna Twitter.
Dia belum kenal lagi 'harga melayu' macam mana,” kata seorang pengguna Twitter.
Bro @nasdaily i dont get it why are you're so desperate to come into malaysia? You look pathetic. Please don't come here you're definitely not welcome,” jelas seorang pengguna Twitter.
Mari lah kita menyambut kedatangan beliau dengan sebalang cincau,” tulis seorang pengguna Twitter.
Never liked this guy. Annoying as f*** and memang macai Israel,” tegas seorang pengguna Twitter lagi.
Sebelum ini, Nas atau nama sebenarnya Nuseir Yassin yang memegang pasport Israel tidak dibenarkan untuk memasuki Malaysia serta 20 negara lain seperti Brunei, Iran, Arab Saudi, Kuwait dan banyak lagi.
Nas Daily yang cukup dikenali dengan video satu minit itu sehingga kini mempunyai 3 juta pengikut di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Youtuber Adam Shamil Tarik Perhatian Nas Daily, Jadi Rakyat Malaysia Pertama Dapat Tawaran Sertai Nas Academy

gempak
04/01/2021
14:08 MYT
All the best Adam!
BorakSeeni