gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Nash Kemalangan, Alami Kecederaan Muka Dan Mengadu Sakit Dada

gempak
Mya Amri
20/04/2021
12:32 MYT
Sponsor Banner
Nash Kemalangan, Alami Kecederaan Muka Dan Mengadu Sakit Dada
Penyanyi Datuk Nash dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira pukul 4 petang tadi.
Berita itu juga dimaklumkan oleh laman Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebentar tadi.
“Kemalangan yang berlaku petang tadi yang melibatkan Lagenda Rock tanah air Datuk Nash. Semoga sembuh kepada lagenda kita yang merupakan pegawai bersekutu Angakatan Pertahanan Awam Malaysia. @apmrembau terima kasih untuk tindakan pantas,” maklumnya.
Dalam pada itu menerusi laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim memaklumkan Nash mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada sebelum penyanyi itu kemudiannya digegaskan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Tambahnya, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dinaiki Nash iaitu jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.
“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Said, pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.
“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Sumber: Facebook JPAM / Utusan Online
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Datuk Nash
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#JPAM
Must-Watch Video