,
Terkini

Naskhah Adaptasi Antarabangsa, Drama Liar Penuh ‘Plot Twist’ & Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk

Asyikin Mayudin
16/03/2023
04:30 MYT
Selepas kejayaan dan fenomena luar biasa drama premium High Council, Astro Originals mengukuhkan lagi jenamanya yang terbaik dalam mempersembahkan konten berkualiti menerusi naskhah terbaru bertajuk Liar.
Menariknya, Liar merupakan sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara dan merangkap Penerbit Eksekutif Liar, Raja Jastina Raja Arshad berkata pemilihan naskhah itu disebabkan daya tarikan jalan cerita, konsep dan tema yang diangkat.
Selain itu, kerjasama dengan produksi Double Vision dan All3Media International juga membuang ruang untuk pihak Astro menjadi platfrom yang menghasilkan karya mendominasi arena antarabangsa.
“Rentetan kejayaan drama-drama Astro Originals, kami berusaha meningkatkan kualiti sekali gus dapat menampilkan kandungan yang mampu mencipta penanda aras baru dan memberi impak kepada industri seni negara.
“Terbaru adalah Liar yang diadaptasi daripada calon siri terbaik luar negara dan kami rasa amat teruja untuk mempersembahkannya dalam versi dan format Malaysia.
“Ini merupakan kali pertama Astro Originals mempersembahkan naskhah adaptasi dan kami memilih naskhah Liar kerana daya tarikannya seperti jalan cerita, konsep dan tema yang diangkat; serta percaya ia mempunyai potensi untuk hangat diperkatakan ramai.
“Sementara itu, bekerjasama dengan produksi Double Vision dan All3Media International membuka lagi ruang untuk Astro mempamerkan keupayaan sebagai platform yang menghasilkan karya yang mampu mendominasi arena antarabangsa.
“Kami harap naskhah Liar versi Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri dan dapat menawan hati penonton seperti mana versi-versi di negara lain,” katanya.
Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017.
Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan dan dama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta, sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014.
Drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Menariknya, Liar turut mempunyai versi remake dari Sepanyol pada tahun 2020 menggunakan tajuk ‘Mentira’s, versi Jerman menggunakan tajuk ‘Du Sollst Nicht Lügen’, serta negara lain yang membuat remake adalah Perancis, Itali dan Turki.
Sinonim dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan penonton pada setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya.
Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.
Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.
Manakala naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.
Lara mengenali Aiman Yusuf iaitu seorang pakar bedah yang juga pernah melalui episod perit dalam kehidupannya sebelum ini dan mereka mula berasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.
Namun, temu janji pertama mereka berubah menjadi mimpi ngeri. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat.
Siapa yang bercakap benar? Liar menyaksikan penipuan yang memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.
Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.
Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial, Instagram, TikTok, Twitter, Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”

gempak
13/11/2024
07:55 MYT
Perkongsian video di Instagram Syamsul Yusof memperlihatkan pengarah itu sedang menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Khawarij menarik perhatian warga maya.
Filem

Kutip RM4 Juta Selepas 10 Hari Tayangan, Don Dukun Filem Komedi Seram Tempatan No 1 Tahun 2024!

gempak
10/11/2024
03:53 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM4 juta di pawagam selepas 8 hari ditayangkan.
Hiburan

Telatah Lucu Zizan Razak & Johan Dalam Baik Punya Ah Long Kini Boleh Ditonton Di Astro First

gempak
07/11/2024
14:18 MYT
Berita baik bagi yang sudah merindui telatah lucu dua pelawak terkenal, Zizan Razak dan Johan, filem terbaharu lakonan mereka berjudul Baik Punya Ah Long (BPAL) kini ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First.
Hiburan

Don Dukun Paling Laris! Raih Kutipan RM3 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

gempak
06/11/2024
07:25 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan.
Filem

Filem Seram Indonesia Tampil dengan Sekuel Terbaharu ‘Qodrat 2’, Bakal Merasuk Pawagam Tahun Hadapan

gempak
30/10/2024
06:02 MYT
Filem seram yang cukup besar di Indonesia dan hangat diperkatakan pada tahun 2022, Qodrat telah berjaya mencatat kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 1.7 juta penonton di Indonesia dan kutipan box office mencecah IDR60 bilion (USD 5.3 juta).
Unitar