Selebriti popular, Natasha Hudson bakal meraikan Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan kali ini.

Bekas pelakon yang sudah berniqab ini memberitahu dia memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.

Akuinya, dia juga mempunyai perasaan berdebar untuk ke sana dalam misi membantu pelarian Syria.

"Berdebar okay. Sambut eid ul Adha kali ni dengan pelarian Syria di Sana dan menunaikan janji dan amanah dan qurban untuk anda sekalian," katanya menerusi status di Instagramnya, @natashahudsonofficial, hari ini.

Assalamualaikum semua doakan kami Okay. Malam ni nak berJalan jauh ni ke Mafraq, Jordan untuk misi kemanusiaan dengan organisasi saya @amalhope.my ..Berdebar okay. Sambut eid ul Adha kali ni dengan pelarian Syria di Sana dan menunaikan janji dan amanah dan qurban untuk anda sekalian. Hey you guys are amazing for donating and contributing. I love you all. Seriously may allah reward you immensely. Doakan kami please selamat pergi dan pulang. Salam sayang dari kami @nabila_asyiqin @muhammadzameer @oprahim @mohdaliffafifi

A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on


Dalam status yang sama, Natasha juga mengucapkan terima kasih pada mereka yang menderma dan menyumbang pada misi kemanusiaan itu.

"Saya sayang anda semua. Semoga Allah murah rezeki anda. Doakan kami selamat pergi dan pulang," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @natashahudsonofficial