,
Berita

Nazmi Nasri Raih Emas Sulung Lompat Jauh di Kejohanan Olahraga Para Dunia

Gempak
23/05/2024
06:30 MYT
Atlet remaja negara, Nazmi Nasri gah merangkul pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T37 (cerebral palsy) dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun hari ini.
Pemain berusia 21 tahun dari Johor itu dengan catatan terbaik peribadi 6.13m untuk layak ke Paralimpik Paris dari 28 Ogos hingga 8 Sept.
Muhammad Nazmi, 21, yang mengalami kecacatan separuh badan di sebelah kiri termasuk kaki dan tangan tidak menyangka dapat menyambar emas kerana menurut beliau, pencabarnya di kejohanan itu bukanlah calang-calang.
Malah beliau mengakui berasa agak gerun apabila melihat barisan atlet bertanding sebelum pertandingan bermula.
"Ini pencapaian paling besar dalam karier saya kerana tengok ranking atlet lain, sangat hebat. Saya pula hanya buat sehabis baik hari ini.
"Sebelum ini, saya tidak pernah sertai sukan namun segalanya berubah sebelum temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 selepas mendapat dorongan daripada dua bekas atlet para negara untuk saya cuba acara lompat jauh,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Kejayaan diraih atlet kelahiran Johor itu menyaksikan kontinjen Malaysia mengumpul dua pingat emas selepas Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan pingat itu menerusi acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) lelaki dengan lontaran sejauh 17.43m pada Selasa.
Manakala, Konstantinos Kamaras dari Greece di tempat kedua (6.01) dan Mateus Evangelista Cardoso dari Brazil (6.00) ketiga daripada lapan pesaing.
Sebalum ini, prestasi Nazmi adalah 5.74m, didaftarkan di FT All Comers di Bukit Jalil pada Februari.
Memetik laporan New Straits Times, pengurus pasukan, Zarrawi Ravi Abdullah berkata mereka tahu bahawa Nazmi adalah prospek pingat dan mengharapkan dia melakukan yang terbaik secara peribadi dan memenangi pingat emas.
Beliau berkata tiga lagi atlet negara juga telah melayakkan diri ke Paralimpik Paris. Mereka ialah Ziyad Zolkefli (F20 lontar peluru), Eddy Bernard (T44 100m) dan Latif Romly (F20 lompat jauh).
Sebelum ini Ziyad pernah memenangi emas, Eddy mendapat perak dan Wong Kar Gee mengambil gangsa T12 lompat jauh lelaki.
Sementara itu, pemain veteran Ridzuan Puzi mencatat masa 12.50s untuk menduduki tempat keenam dalam acara 100m T36 akhir lelaki (cerebral palsy).
Sumber: New Straits Times & SINAR

Berita Trending: Syok Dengan Kekasih Anak, Ibu Rakam Zuriat Sendiri Lakukan Hubungan Badan -…

Berita Trending: Selepas Filem Vina: Sebelum 7 Hari Tular, Suspek Rogol & Bunuh Yang ‘Hilang’ 8…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar