Pengacara dan usahawan berjaya Neelofa akan melancarkan aplikasi islamik miliknya yang dikenali sebagai The Noor.

Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi pembikinan aplikasi itu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“The Noor, boleh didapati tidak lama lagi. Ciri kegemaran saya, penterjemahan suara Al-Quran dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Tamil dan juga Mandarin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Malah, dia turut mempromosikan akaun Instagram aplikasi The Noor yang baru dibuka sekitar September lalu.

Difahamkan, The Noor menjadi platfrom untuk orang beragama Islam mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh tokoh-tokoh islamik terkenal dunia.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak sabar untuk memuat naik aplikasi ini di telefon pintar masing-masing dan menggunakan pelbagai kemudahan yang ada.

Ada yang berharap The Noor boleh mengantikan aplikasi Muslim Pro yang didakwa menjual data penggunanya kepada pihak tentera Amerika Syarikat.

Malah, tidak kurang juga ada yang turut memuji usaha Neelofa mencipta satu aplikasi islamik yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Hebat. Seronok saya melihat perkara yang baik untuk Islam. Saya turut berkongsi di Instastory saya supaya banyak orang boleh mendapat manfaatnya,” tulis Datuk Seri Aliff Syukri.

“Seronoknya. Kalau boleh ada bacaan Abdul Rahman Massod. Ya Allah suara dia sangat charming dan merdu dengar hari-hari jadi tenang,” komen seorang wargamaya.

“Masya-Allah, terima kasih memudahkan urusan kami. Hopefully ada sekali azan, kiblat, waktu solat menggantikan Muslim Pro,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, rasa nak menangis. Banyak manfaat sejak perubahan Neelofa,” puji seorang wargamaya.

“Bila boleh guna ni aaaa tak sabar!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, akaun Instagram rasmi The Noor telah mengutip seramai 24,000 pengikut.