Setiap ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak kira dari segi kehidupan mahupun pembelajaran, hal-hal ini yang selalunya dititik beratkan oleh orang tua bagi memastikan anak berjaya di dunia dan akhirat.
Hal yang sama turut bermain di fikiran usahawan Neelofa. Selepas menerima kelahiran cahaya mata pertama, Muhammad Bilal, wanita yang cukup sinonim dengan bises hijab itu mengakui mahu melihat anaknya itu mahir dalam pelbagai bahasa.
Selain bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Neelofa mahu melihat Bilal fasih berbahasa Inggeris dan juga bahasa Arab.
Justeru, tidak hairanlah jika sejak kebelakangan ini, pengacara Next To Neelofa itu kerap berkongsi tentang kelas pengajian bahasa Arab yang sedang diikuti.
“Sebenarnya, saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya juga nak diri saya boleh bertutur dalam bahasa tersebut. Kalau saya sendiri tidak tahu, bagaimana saya nak berkomunikasi dengan anak saya.
“Jadi, saya sudah mula dedahkan Bilal dengan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab. Saya mahu dia mahir dalam tiga bahasa ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Neelofa turut bercadang untuk menghantar anaknya ke sekolah aliran agama medium bahasa Arab jika sudah sampai waktunya kelak.
“Hal itu memang kami sudah rancang. Insya-Allah untuk pendidikan Bilal nanti, kami mahu ada aliran agama dan juga bahasa Arab,” katanya.
Ditanya adakah tujuan Neelofa untuk mahir dengan bahasa Al-Quran itu adalah disebabkan hasrat untuk menetap di luar negara yang memerlukannya mengusai bahasa berkenaan, jawab Neelofa: “Memang ada dalam perancangan.
“Jadi, kalau sebelum pergi tu kita ada basic dalam komunikasi, ia akan jadi lebih mudah,” katanya lagi.
Terdahulu, Neelofa pernah memberitahu yang dia mungkin akan berpindah ke Mesir bagi mengikuti suaminya yang mahu menyambung pelajaran di negara berkenaan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Tue Nov 29 2022
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.