Sekilas
- Seorang wargamaya dari Indonesia membuat perbandingan antara penyanyi Stacy dan Agnes Mo yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
- Stacy menegaskan dia bangga dengan asal usulnya dari Sabah, Malaysia, dan tidak setuju disamakan dengan Agnes yang berasal dari bandar di Indonesia.
- Stacy juga berbangga dengan evolusi penampilannya dan menolak kritikan yang menganggap dirinya kurang menarik.
Hantaran seorang wargamaya dipercayai dari Indonesia yang membuat perbandingan penyanyi Stacy dengan Agnes Mo mengundang pelbagai reaksi.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan turut memuat naik foto lama isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.
Stacy bagaimanapun tampil memberikan respons terhadap perbandingan berkenaan dan menegaskan dirinya bangga dengan asal usul serta perjalanan hidupnya sebagai anak kelahiran Sabah, Malaysia.
“Tidak pantas mahu disamakan saya dengan Agnes kerana saya tu memang asal-asalnya orang kampung dari Borneo Sabah Malaysia☺️
“Walhal Agnes tu dari bandar Indonesia dan sejak kecil memang sudah artis deh👏🏻Bandinglah dengan yang sesuai latar belakangnya.
“Miskin-miskin jelek saya yang dulu tetap saya bangga dan bersyukur kerana datangnya dari Malaysia bukan negara yang pintar membakar hutan memusnahkan alam, membina takkan binatang kaya.
“Asapnya sampai ke negara orang! Malu sikit jadi orang Om,” balas Stacy.
Dalam pada itu, Stacy turut menegaskan dirinya berbangga dengan perubahan penampilan dari dahulu hingga kini dan tidak kisah jika ada pihak yang menganggap dirinya kurang menarik.
“Tak apa. Saya bangga dengan evolusi saya dan saya sangat bangga dengan asal usul saya. Buruk di mata orang, cantik di mata saya syukur Alhamdulillah☺️
“Cuba banding muka Lesti Kejora di awal kemunculan dengan Tokti kita di tahun yang sama. Begitulah seumpamanya.
“Allah yang cipta, manusia tiada syukur pula nak membahan chehh!” kata Stacy.
Sumber - Threads