HIBURAN
Neelofa Ramal Lagu Nadeera, Hael Husaini & Marsha Milan Top 3 AJL39
Selepas kali terakhir mengemaskini akaun X pada 14 Mei 2024, selebriti popular Neelofa kembali membuat ramalan karya yang bakal dijulang di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 tahun ini.
Menerusi ramalannya, Neelofa meletakkan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera, Diam (Hael Husaini) dan Hening Rindu (Marsha Milan) di tangga tiga terbaik.
"My top 3 picks AJL39; Nadeera, Bukan Lagi Kita, Marsha, Hening Rindu dan Hael, Diam," tulisnya.
Justeru, ramai yang mulai berhimpun di ciapan Neelofa menyatakan pendirian masing-masing.
Malah, tidak kurang juga yang bersetuju dengan tiga piliha Neelofa itu.
"Wowww…setuju kalau Nadeera menang / juara (mungkin salah satu sebab drama #CurangTanpaNiat tapi bukan vote dr netijen kann) tapi harap lagu ni menang.
"I pun rasa Nadeera bakal menang bergaya esok.
"Lagu Hael mesti sangkut punya," demikian antara ciapan lain warganet.
Neelofa antara individu yang akan sentiasa mencuri tumpuan setiap kali tibanya musim AJL ekoran ramalannya yang lazimnya tepat.
Tahun lalu, lagu Hasrat (Amir Jahari) tepat mengena apabila karya itu dinobatkan sebagai juara AJL38.
Sebelum ini Neelofa pernah membuat tekaan tepat selama empat tahun berturut-turut bermula dengan AJL edisi 31 sehingga AJL34.
Namun pada musim ke-35 ramalannya tidak mengena apabila lagu Semalam nyanyian Aina Abdul yang menjadi pilihannya tewas kepada Gila ciptaan Noki, Loca B dan Kaka Azraff.
Begitupun, pada AJL36, ramalan Neelofa menjadi apabila Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dinobatkan sebagai juara, manakala pada edisi ke-37, Terus Hidup ciptaan Aina menepati tekaannya.
AJL adalah majlis pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik yang menghasilkan karya terbaik, selain memberi anugerah kepada penyanyi yang membuat persembahan serta memiliki vokal terbaik.
Must-Watch Video