,
Laman Utama

Neelofa Tersinggung Netizen Sebarkan Wajah Bilal - “Bagilah Saya Sebagai Ibu Yang Lahirkan Buat Benda Tu…”

Izwan Isa
11/10/2022
08:54 MYT
Usahawan Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen yang menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal menerusi platform TikTok baru-baru ini.
Neelofa berkata, tindakan individu berkenaan seolah-olah tidak menghormati dirinya serta suami ibu dan bapa.
“Macam ni lah… sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar (Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?
“Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu,” katanya kepada Gempak.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Next To Neelofa 2 yang diadakan di Astro, Bukit Jali, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Neelofa turut memohon agar dia diberikan sedikit ruang dan tidak lagi bertanyakan tentang anaknya.
“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan.
“Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” tutup Neelofa.
Next To Neelofa 2 di Astro Ria pada 22 Oktober ini pukul 10 malam.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Unitar