Pihak berkuasa China membuat keputusan drastik untuk menyekat sebarang penonjolan imej lelaki yang menyerupai wanita dalam mana-mana penyiaran televisyen.

Difahamkan, negara tersebut kini sedang giat mempromosikan imej lelaki yang lebih maskulin.

Malah, pihak tersebut juga mengkritik hebat selebriti lelaki yang menggunakan solekan tebal.

Menurut presidennya Xi Jinping, imej feminin seolah-olah memberi ancaman terhadap nilai budaya tradisional.

Jelas Xi, beliau juga mahu menjadikan China sebuah negara yang lebih hebat dengan pelbagai pembaharuan di peringkat nasional termasuklah sektor budaya dan agama.

Sementara itu, Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) turut menyatakan tingkah laku dan moral perlu dimasukkan sebagai kriteria pemilihan pelakon.

Pun begitu, setiap program yang mempromosikan budaya, adat tradisional atau memupuk suasana patriotik, akan digalakkan.

Apapun, sekatan terbaru ini dikatakan telah disambut baik oleh penduduk negara tersebut.

Sumber : BBC