Laman Utama
Nelydia Senrose Berhijab?, Atu Anniversary Di Masjid…Antara Yang Hangat Hari Ini Di Gempak!
Hari ini apa yang menjadi pilihan Gempak ya? Jom tengok senarai di bawah!
Aktres jelita Nelydia Senrose dikatakan sudah mengenakan hijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada awal tahun lalu.
Menerusi pemerhatian Gempak di akaun Instagram milik peminatnya, kelihatan banyak hantaran terkini memaparkan pelakon filem Jebat itu tampil dengan imej terbaru.
Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari gembira apabila dibawa suaminya ke masjid di hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Menurut Shafeeqa, suaminya tidak mahir dalam membuat kejutan namun pada hari itu dia terkejut serta terharu kerana buat pertama kalinya dapat mendengar ceramah secara langsung pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin.
Oja mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu saudaranya, penyanyi
lagu Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail, yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, kira-kira jam 8.39 malam Rabu.
Selebriti Janna Nick mendedahkan dia telah menerima banyak gangguan daripada lelaki terutama berbaur lucah menerusi direct message (DM) di akaun Instagram miliknya.
Namun Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bersikap lebih matang untuk tidak mempedulikannya dan menganggap ia lumrah hidup sebagai seorang selebriti.
Tahukah korang ada beberapa tips untuk 'memanggil' semula kucing kesayangan korang pulang ke rumah?
Must-Watch Video