Laman Utama
Nenek Sakit, Tegar Nak Jual ID Mobile Legend Untuk Bayar Duit Hospital
Baru sahaja umum perceraian bersama bekas isteri, penyanyi Tegar Septian sekali lagi menanggung ujian apabila neneknya pula jatuh sakit dan memerlukan rawatan di Hospital.
Perkara sedih itu dikongsi sendiri oleh pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang menerusi hantaran pendek berbentuk video di Insta Story akaunnya.
Menurut Tegar, 22, dia terdesak untuk menggunakan wang dan terpaksa menjual ID permainan atas talian iaitu Mobile Legend kepada sesiapa sahaja bagi menampung kos rawatan neneknya.
Advertisement
“Saya mahu beritahu, saya ingin menjual ID akaun Mobile Legend saya, jadi kepada sesiapa sahaja yang berminat boleh terus DM (Direct Messsage) saya ye.
“Dan wang itu akan saya usahakan untuk mebawa nenek saya berjumpa doktor kerana dia sedang sakit.
“Jadi semua yang menonton tolong mendoakan saya ya,” ujarnya dengan nada sedih.
Sebelum ini, Tegar telah mendedahkan dia sah bercerai bersama bekas isteri, Sarah Sheilka pada Selasa akibat beberapa masalah yang melanda keluarga kecilnya itu.
Perpisahan Tegar dan Sarah dikhabarkan berkenaan masalah kewangan selain faktor Tegar tiada pekerjaan tetap.
Must-Watch Video