Seorang nenek yang viral dengan ayat 'kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupor nyawa kau karang' yang pernah tular di laman TikTok dikhabarkan telah meninggal dunia, pagi Sabtu.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh cucunya, Syukri Shaharudin menerusi perkongsian video di TikTok.

“Nenek telah menghembuskan nafas terkahir, mohon semua mendoakan agar nenek ditempatkan dalam kalangan beriman,” tulisnya pada kapsyen.

@syukrishaharudin Nenek telah selamat dikebumikan selepas asar tadi. Alhamdulillah , semua urusan tadi dipermudahkan dan Nenek pergi dengan tenang. Terima kasih warga tiktok kerana selalu doakan kesihatan nenek sebelum ini ? #nenekhempuk #bukapintu #melaka ♬ Takkan Hilang - tentangreysan

Pun begitu, siapa yang menyangka bahawa nenek itu merupakan pesakit kanser payudara. Ini kerana terdahulu, seorang lagi cucunya yang dikenali sebagai Hada Shaharudin pernah berkongsi video di laman sama mengenai keadaan neneknya itu yang pernah menerima rawatan bagi penyakit tersebut.

“Kenal ‘nenek hempok mengelupor nyawa’ tak? Kalau kenal nenek saya, nak minta kalian doakan nenek saya cepat sembuh, doa nenek saya kelua hospital supaya dia dapat makan kambing feberet dia.

“Nenek saya penghidap kanser payudara. Sekarang ni kanser tu datang balik..doakan nenek dapat lawan penyakit dia. Saya tahu nenek kuat. Jangan lupa doakan nenek saya ok,” katanya pada video berkenaan.

@hada_shaharudin Kenal “nenek hempok mengelupor nyawa “ tak? Kalau kenal nenek saya ni..nak mintak korang doa nenek saya cepat sembuh..doa nenek saya kelua hospital supaya dia dpt mkn kambing feberet dia..nenek saya breast cancer survivor..now cancer tu dtg balik..doakan nenek dapat lawan penyakit dia..i know my nenek kuat..jgn lupa doakan nenek saya ok.. #cancersurvivor #melaka #hempoknyawa ♬ original sound - Michaela

Sementara itu, ruangan komen dihujani ucapan takziah buat keluarga dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.