Berita

“Nervous Of Course!”- Ika Nabella Tunggu Hari Nak Bersalin, Bimbang Suami....

gempak
Syafiqah Jalal
08/10/2019
05:22 MYT
Sponsor Banner
“Nervous Of Course!”- Ika Nabella Tunggu Hari Nak Bersalin, Bimbang Suami....
Pelakon Ika Nabella akui gementar menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata pertamanya yang dijangka pada bila-bila masa.
Namun Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 30, memberitahu apa yang membuatkannya lebih berdebar adalah apabila dia memikirkan mengenai suami, Muhammad Zaid Aznam yang bakal menemaninya di dewan bersalin.
Ika berkata, suaminya seorang yang sukar dijangka dan bimbang Zaid tidak dapat menenangkannya ketika di dalam dewan bersalin nanti.
“Labor is just around the corner orang Melayu kata tunggu hari. Nervous of course!
”Tapi I nervous dengan laki I. My birth companion. Macam manalah dia akan comfort kan I nanti. Adakah dia akan usap-usap 5 saat, take a nap atau layan Angga Candra kat YouTube?
”Dia ni lain macam sikit. Hampa tanya kat dia umbilical cord tu apa pun belum tentu dia tau. Silap hari bulan dia tanya bahasa Tamil ke tu yang...? Satgi Doctor suruh dia potong dia tanya Doctor “kenapa saya?” Haruuuuuu!,” tulisnya berseloroh.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu, dia memuat naik video dia dan suami berkongsi perasaan mereka menanti kelahiran anak sulung.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis.
Malah mereka turut mendoakan agar Ika selamat serta dipermudahkan proses untuk bersalin.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024