gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheila On 7 Ubati Rindu Peminat Selepas 7 Tahun! Pak Duta Turun Pentas, Selfie Dengan Peminat Waktu Nyanyi Sephia
HIBURAN
Bapa Hisyam Hamid Menangis Ketika Tayangan Perdana Filem Memori - “Filem Ini Banyak Persamaan Dengan Hidup…”
HOLLYWOOD
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Netizen Berdebat, Nur Sajat Ditahan Sebab Dirinya Transgender Atau Terlibat Kes Penipuan Duit Stokis Berjumlah RM100k?

Izwan Isa
Izwan Isa
21/09/2021
03:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Berdebat, Nur Sajat Ditahan Sebab Dirinya Transgender Atau Terlibat Kes Penipuan Duit Stokis Berjumlah RM100k?
Semalam, laman Twitter dibanjiri dengan pendapat netizen mengenai sebab utama usahawan kosmetik popular, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat yang ditahan oleh pihak berkuasa ketika berada di Bangkok, Thailand.
Ada yang berpendapat Nur Sajat tidak bersalah dan buruan pihak berkuasa sehingga menyebabkannya lari ke luar negara hanyalah semata-mata kerana dia bergelar transgender.
Terdapat juga segelintir yang merasakan pemburuan Nur Sajat itu sebagai satu hal remeh dan pihak berkuasa perlu memberi fokus pada perkara lain yang dirasakan lebih penting buat masa ini.
BACA: Sajat Sudah Ditahan Di Bangkok, Sedang Tunggu Kebenaran Pindah Ke Australia
Begitupun, seorang pengguna Twitter tampil menyenaraikan kesalahan penipuan Nur Sajat selain isu yang melibatkannya berpakaian dan menyerupai wanita.
Sajat:1) Produced bengkung for sale. Hired a stockist. Stockist paid more than RM 100K for bengkung stock. He took the money but failed to supply the bengkung.2) Stockist took legal action to demand Sajat to refund. Sajat made a police report and counter-sued the stockist
— Eggs appreciation account (@santeira) September 20, 2021
“Mengeluarkan bengkung untuk dijual. Melantik stokis. Stokis membayar lebih daripada RM100,000 untuk stok bengkung. Dia ambil duit itu tanpa membekalkan bengkung.
“Stokis kemudian mengambil tindakan undang-undang dan meminta Sajat untuk memulangkan duit. Lalu Sajat membuat laporan polis dan menyaman balik stokis berkenaan, menuduhnya sebagai bekas pekerja yang mengubah wang daripada syarikatnya.
“Sajat kalah dalam kes mahkamah dan diminta untuk membayar stokis itu lebih RM100,000 berserta kos prosiding RM70,000. Tetapi, dia gagal berbuat demikian,” tulis pengguna Twitter @santeira.
Menurut pengguna Twitter itu lagi, Sajat menyembunyikan diri di satu tempat yang tidak diketahui dan enggan membayar kembali wang stokisnya yang telah ditipu.
“Surat dikeluarkan tetapi Sajat tidak dapat dikesan. Notis bankrap juga telah difailkan. Dalam masa yang sama, JAKIM turut mencari Sajat,” tulis pengguna Twitter itu lagi.
Ramai yang dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut dan ada yang menyifatkan Nur Sajat sebagai scammer.
Terdahulu, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September dan dibawa ke mahkamah negara berkenaan keesokan harinya. Bagaimanapun dia dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) oleh seorang warga tempatan.
Topic Berkaitan
#Thailand
#sajat
#Scam
#Scammer
#Duit
#Bangkok
#Lari
#Bengkung
#Stokis
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement